Ahad, 13 Mac 2011

Aku amat menyintainya,sungguh !

Tok imam sudah hampir selesai membacakan doa pada majlis pengebumian itu.Tiba-tiba lelaki tua berumur 78 tahun berseru dengan nada sedih."Aduh,aduh betapa besarnya cintaku kepadanya." Rupa-rupanya,dia adalah suami kepada wanita yang baru sahaja diturunkan ke liang lahad itu.

Sudah 50 tahun lamanya mereka berkongsi hidup.Keluh kesahnya itu terasa menganggu ketenangan upacara yang berlangsung khusyuk itu.Para anggota keluarga dan teman-teman yang berdiri di sekeliling nampak kaget dan kekok kerana dia yang seolah-olah tidak dapat mengawal diri.

Anak-anak mereka yang semuanya sudah dewasa,berusaha untuk menenangkannya."Sudahlah ayah,kami faham bagaimana perasaan ayah.Bersabarlah." Lelaki tua itu menatap keranda yang dengan perlahan-lahan dikambus dengan tanah sementara imam memulakan talkin.

Setelah selesai,sanak keluarga dipersila mengaburkan tanah dan bunga di atas kuburan sebagai tanda bahawa maut merupakan akhir yang pasti.Hadirin secara bergilir-gilir melakukannya kecuali lelaki tua yang meratap hiba tadi.

"Aduh,aku sangat menyintainya!" keluhnya lagi dengan suara keras.Ketiga-tiga orang anaknya berusaha lagi untuk mententeramkannya tetapi ia kelihatan semakin sedih dan tertekan."Aku amat menyintainya,sungguh!"
Dan ketika para pelawat mulai berganjak pergi,lelaki itu tetap sahaja berlutut di samping pusara isterinya yang merah.

Imam menghampirinya: "Saya tahu bagaimana perasaan anda tetapi kini sudah waktunya pergi.Kita semua harus bersurai dari sini dan meneruskan kehidupan kita."

"Imam,betapa besarnya cintaku kepadanya," keluh lelaki malang itu dengan sedih.Anda tidak mengerti.Saya pernah sekali hendak mengucapkan kepadanya."

Kelemahan terbesar dari kebanyakan manusia adalah keseganan untuk menyatakan betapa mereka menyayangi insan-insan yang dekat dengan kita sewaktu mereka masih hidup.


0 ulasan: