Isnin, 7 Mac 2011

Demam + Batuk + Selesema

Assalamualaikum kepada semua.Hari ini saya tak sihat lagi.Demam,batuk dan selesema.Hari ini,saya bekerja seperti biasa walaupun tak larat.Bersemangat nak keje.Degil jugak kan saya ini.Jika tak sihat,berehat la kat rumah kan.Buat apa bersusah payah nak datang bekerja.Bila saya sampai tempat kerja iaitu makmal biokimia,saya terbatuk-batuk hingga menganggu tumpuan saya  untuk buat kerja.Tengah hari tadi, saya pergi jumpa doktor kat Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh Pahang.Batuk saya makin teruk sampai sakit dada saya untuk bernafas.Huhu...Jururawat ambik darah saya untuk ujian Full Blood Count(FBC).Hmm...Result FBC,semuanya normal.Alhamdullilah.Doktor bagi ubat paracetamol(PCM) untuk demam,bisolvan iaitu ubat pil untuk batuk dan thymol gargle untuk sakit tekak.Saya harap saya dapat tidur lena malam ini kerana sebelum ini,tidur saya terganggu kerana batuk yang berterusan pada waktu malam selama seminggu.Huhu..Suara saya pun dah serak dan "rock".







0 ulasan: