Ahad, 17 April 2011

Gelotophobia-Penyakit Takut Ketawa


Ketawa adalah hak setiap insan.Anda bebas mengekspresikan perasaan suka dan gembira menerusi ketawa.Ia adalah penawar stres dan terbukti baik untuk kesihatan.Namun,tahukah anda ada individu yang berasa takut untuk ketawa?

Perbuatan takut ketawa atau diketawakan ini diklafikasikan sebagai satu penyakit oleh pakar kesihatan.Dikenali sebagai gelotophobia,penyakit ini menyerang hampir ramai individu di seluruh dunia.

Didiskusikan buat pertama kali di Sepanyol menerusi majlis International Summer School & Symposium on Humour and Laughter,penyakit gelotophobia terus mendapat perhatian para penyelidik antarabangsa yang melakukan pelbagai kajian untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gelotophobia.

Antaranya,studi yang dimuatkan di dalam Scientific Journal Humour  yang dilakukan oleh para penyelidik dari University of Zurich,Switzerland.Kajian tersebut telah dilakukan ke atas 22,000 individu dari 73 negara di seluruh dunia.Hasilnya,menunjukkan sememangnya terdapat ramai manusia yang memiliki penyakit takut untuk ketawa atau diketawakan.

Penyelidikan itu juga menunjukkan fenomena dan penyakit gelotophobia ini dialami oleh kebanyakan individu di  negara-negara Turkmenistan dan Kemboja.Masyarakat di negara-negara itu takut untuk menghadapi sebarang reaksi negatif dari individu sekeliling apabila mereka ketawa.

Penduduk –penduduk di negara Iraq,Mesir dan Jordan memiliki kecenderungan untuk menghindari situasi ketawa.Manakala sekitar 8.5 peratus daripada rakyat Sepanyol dan Finland mengakui bahawa diri mereka berasa takut apabila melihat orang lain ketawa kerana berasakan individu tersebut sedang mentertawakan diri mereka.

Namun begitu,masyarakat paling ramai menghidap gelotophobia adalah di negara Thailand.Para penyelidik mengesahkan hampir 80 peratus rakyat di negara gajah putih itu mengalami gelotophobia kerana takut diketawakan orang lain.


0 ulasan: