Khamis, 7 April 2011

Khasiat teh hijau


Setiap pagi hidangan tidak akan lengkap tanpa secawan teh.Ia menceriakan pagi hari anda.Salah satu teh yang sering menjadi pilihan ramai ialah teh hijau.Teh hijau ataupun juga dikenali dengan nama Camellia Sinensis  memang mempunyai pelbagai khasiat.

Menurunkan berat badan
  • Satu penyelidikan yang dibuat oleh International Journal Of Obesity telah menyimpulkan bahawa estrak teh hijau boleh meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.Estrak teh hijau meningkatkan termogenesis,pembentukan panas tubuh hasil daripada pencernaan normal,penyerapan dan metabolisme makanan.Dalam penyelidikan terdahulu terhadap manusia menunjukkan bahawa mengambil teh hijau boleh meningkatkan termogenesis.Teh hijau berbentuk cair atau kapsul mungkin merupakan cara berkesan untuk membantu menurunkan berat badan.

Mengatasi keracunan makanan
  • Telah lama diketahui  bahawa teh hijau dapat membunuh bakteria.Pengambilan teh hijau yang pekat  dapat merawat penyakit cirit birit.Dalam teh hijau mengandungi catechin yang berfungsi sebagai agen pembasmi kuman ketika berlakunya keracunan makanan.Selain itu,teh hijau juga adalah pembasmi kuman yang paling kuat terhadap vibrio cholera kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria selain daripada kolera.

Mencegah penyakit kanser
  • Sejak 20 tahun dahulu telah dilakukan penyelidikan terhadap teh hijau dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan.Sejak itulah,pengambilan teh hijau dipercayai dapat mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuk kanser esofagus,paru-paru,payudara dan penyakit jantung.

Menurunkan tahap gula dalam darah
  • Kira-kira 60 tahun dahulu,Dr.Minowada dari Universiti Kyoto telah mendapati bahawa gula dalam air kencing pesakit diabetes telah turun ketika mereka mengambil bahagian dalam chanoyu(upacara meminum teh).Dia menyatakan bahawa serbuk teh yang digunakan dalam upacara tersebut mempunyai keupayaan untuk menurunkan gula dalam darah.



0 ulasan: