Ahad, 17 April 2011

Pengorbanan seorang isteri


Kisah seorang suami yang bernama Zizan yang bingung memikirkan hadiah untuk isterinya yang tercinta.Mereka akan merayakan ulang tahun perkahwinan yang ke-25 tahun dan Zizan ingin memberikan hadiah yang paling istimewa dan meninggalkan kesan di hati Julaina,si isteri.

Dalam pada Zizan bersungguh-sungguh hingga pening kepala memikirkannya,tiba-tiba dia teringat,”Aduh! Kenapalah aku ini kurang cerdik sangat! Apa susah-susah? Sepatutnya aku memberi hadiah kegemarannya.Bukankah dia paling suka makan kepala ikan? Macam manalah aku boleh lupa ni? Kerana setiap kali makan berlaukkan ikan,Juliana selalu memilih kepalanya manakala isinya dicubitkan untuk saya.”

Tibalah hari yang dinanti.Zizan menyuakan hadiah istimewanya kepada isteri tercinta,dibungkus rapi dalam sebuah kotak yang boleh tahan besarnya.Juliana menerima dengan mata berbinar-binar kerana terlalu gembira.Bahagia sungguh rasanya.Dalam hatinya terdetik,”Ingat juga suami pada ulang tahun perkahwinan kami walaupun telah 25 tahun berlalu.” sambil dia teringatkan rungutan rakan-rakannya tentang suami masing-masing yang lupa dan mesti diperingatkan saban tahun.”Syukur alhamdullilah,bahagianya terasa,” getus Juliana lagi di dalam hati.

“Apa ni bang,eee….,suspensnya” gumam isterinya manja.Lalu dibukanya bungkusan itu,matanya membulat,terbelalak kaget melihat isi kotak itu yang di dalamnya ternyata kepala ikan yang sangat besar! Zizan tersenyum senang melihat ‘keterujaan ‘ Juliana.Dia sudah menduga hal ini,dan telah bersiap sedia menerima ucapan terima kasih penuh rasa terharu daripada isterinya.Sesaat kemudian terdiam,terbawa oleh perasaan masing-masing.

“Abang ini betul-betul keterlaluan! Abang tidak memahami perasaan saya! Sudah 25 tahun kita berumah  tangga,tapi Abang masih tidak mengerti dan menghargai pengorbanan saya!”  Zizan kehairanan: “Eh,apa pula? Saya belikan awak kepala ikan sebab saya fikir itu adalah kesukaan awak!” jawab Zizan.Masih tetap menangis,isterinya menjawab.

“Kalau saja Abang mampu lebih mengerti pengorbanan saya.Selama ini kalau kita makan bersama dan saya memasak ikan,saya selalu memberikan dagingnya untuk Abang dan anak-anak sebab saya mendahulukan kalian daripada saya.Makanya,saya lebih memilih makan kepalanya saja.Padahal Abang tahu,kepala ikan itu bukannya sedap pun.Malah,sudah lama sebenarnya ingin saya berikan kepada kucing kita!” Kali ini giliran Zizan yang menangis kerana salah menduga.


0 ulasan: