Selasa, 12 April 2011

Tawan hati dengan pertuturan


Percayalah anda akan memperoleh kejayaan yang diidamkan dengan hanya pertuturan.Pertuturan yang baik dan ikhlas akan memberikan anda peluang untuk menonjolkan diri dan mencapai apa yang diinginkan dalam kerjaya.Untuk memperolehnya,ikuti panduan yang disenaraikan di bawah :
  • Salam

Rasulullah S.A.W  bersabda bahawa salam dapat mengeratkan silaturahim ,menghilangkan rasa benci dan mendatangkan cinta.Jadi sewaktu melangkah ke pejabat,salam adalah perkataan pertama yang keluar daripada mulut kamu.Ucapkan salam kepada semua ataupun pada sesiapa yang kamu bertembung untuk ke tempat meja kamu.Walaupun ada seseorang yang kamu tidak senangi ,ucapan ini mungkin memberi laluan untuk orang lain menyukai kamu.Lantas tidaklah sukar untuk kamu naik pangkat  apabila berpeluang nanti.
  • Perkataan yang baik

Perlu ingat,ikhlaskan hati setiap kali berhadapan dengan sesiapa sahaja.Walaupun ditanya tentang seseorang yang kamu  tidak baik,jangan pula kamu menjadi orang yang menceritakan keburukannya.Carilah kebaikannya.Dengan bercakap yang baik sahaja,secara tidak langsung  kakitangan lain akan menyedari bahawa kamu seorang yang berperibadi mulia dan berpandangan positif.Mungkin laluan kamu untuk mendaki tangga kejayaan akan lebih mudah.
  • Panggilan rasmi

Perlu ingat walaupun kamu mempunyai hubungan yang mesra dan baik dengan kakitangan lain,jangan biasakan diri untuk memanggil mereka dengan panggilan ‘kakak’,’abang’ dan sebagainya.Berhubunglah dengan memanggil ganti nama ‘encik’ dan ‘puan’.Jadikan interaksi kamu itu rasmi.Ia memberi aura professional kepada kerja kamu dan orang yang dipanggil akan lebih rasa dihormati.
  • Pertuturan terang dan jelas

Walaupun kamu seorang yang bijak dan mempunyai banyak idea tetapi jika tidak pandai mengutarakannya,orang lain tidak akan nampak kebijaksanaan kamu ini.Setiap kali berbicara,kakitangan lain sukar untuk menangkap apa yang ingin kamu utarakan.Untuk berjaya dan dikenali dengan lebih baik,pastikan pertuturan  kamu didengari dengan jelas.Bertuturlah dalam Bahasa Melayu yang betul dan tinggalkan sebutan-sebutan daerah asal kamu.Dengan bicara yang terang,ringkas,dan padat,maksud kamu akan mudah difahami.
  • Berahsia

Untuk berjaya kamu perlu pandai menyimpan rahsia.Jika kamu tidak pandai menyimpan rahsia,pasti kamu akan dipulaukan oleh teman sekerja ataupun kakitangan lain.Apa yang kamu ketahui tentang rahsia sesama rakan sekerja,rahsia syarikat ataupun produk,jangan menghebahkannya kepada orang lain.Jadilah orang yang lebih perahsia.
  • Kawal Pertuturan

Jangan lupa walaupun kamu mula disenangi ramai disebabkan pertuturan yang baik,kamu juga perlu tahu bila masanya kamu perlu berdiam diri.Tidak semua orang menyukai seseorang yang tidak henti berceloteh,membebel ataupun bergurau sesuka hati.Walaupun kamu mempunyai pendapat,jangan sesuka hati menyampuk perbualan orang lain.Kamu dianggap biadap jika berkelakuan begitu.Jika kamu mempunyai pandangan ataupun pendapat,luahkan jika ia boleh membantu karier kamu.


0 ulasan: