Sabtu, 21 Mei 2011

Ciuman Seorang Ibu


Bernie Siegel, baru-baru ini melakukan penyelidikan mengenai ‘khasiat’ ciuman seorang isteri kepada suaminya dan juga seorang ibu terhadap anak-anaknya.Sampel diambil daripada dua kumpulan peserta (suami) yang menaiki kereta persendirian ke pejabat dan mereka ini dibahagi kepada dua kelompok. Kelompok pertama adalah suami-suami yang menerima ciuman daripada isteri sebelum pergi ke pejabat,manakala kelompok kedua adalah mereka yang pergi ke pejabat tanpa dicium oleh isteri.Selepas beberapa lama kajian ini dijalankan,satu keputusan yang menakjubkan dijumpai.Suami yang pergi ke pejabat berbekalkan ciuman isteri memiliki lebih keyakinan dan semangat serta mempunyai kemungkinan yang kurang untuk berhadapan dengan kecelakaan,berbanding dengan suami yang tidak menerima ciuman daripada isterinya.Ternyata mutu dan semangat bekerja juga mengalami perbezaan yang cukup ketara.
Kucupan tulus daripada isteri semasa suami meninggalkan rumah untuk pergi bekerja juga mengurangkan hadirnya WIL (wanita idaman lain).Kita juga mendapat melihat seorang anak yang diberi ciuman sayang oleh ibunya sebelum pergi ke sekolah menunjukkan kesan yang luar biasa dalam pencapaian pelajaran sekolahnya.Malah ciuman itu mampu menahan kemarahan supaya tidak berkelahi semasa di sekolah.Keadaan yang sebaliknya ditunjukkan oleh anak-anak yang pergi ke sekolah diuruskan oleh pengasuh atau pembantu rumah.Ini  adalah hasil daripada satu kajian yang menarik mengenai ciuman seorang ibu.
Ciuman atau kucupan sayang seorang ibu yang tulus merupakan bukti cinta dan keindahan yang mendalam dan kesetiaan yang teguh tanpa perlu terurai dengan kata-kata.Malah Gde Prama menggambarkan wanita memejamkan mata semasa berciuman,kerana sedar sedalam-dalamnya keindahan di dalam jauh lebih menenangkan berbanding keindahan di luar.Di dalam sebuah jurnal,Psychology of Women,ada menyebutkan wanita memiliki kemampuan mempertahankan cinta yang luar biasa dibandingkan dengan kaum lelaki,dan wanita juga mempunyai daya ketahanan yang lebih terhadap stres berbanding dengan kaum lelaki.Jadi tidak hairanlah di dalam dunia yang semakin berubah ini,sekiranya jumlah janda jauh lebih banyak daripada duda.Walaupun jumlah janda itu lebih tinggi,namun lebih ramai kaum lelaki  yang bersikap curang sekiranya dibandingkan dengan kaum wanita.

0 ulasan: