Sabtu, 21 Mei 2011

Susahnya menjadi baik


(Dengan muka yang suci bersih baru lepas mandi, kemudian memakai baju melayu yang diwangikan. Terserlah imej budak baik ketika ini. Ambil feeeeeeeelllllll baik punya)
Bila sebut baik, semua nak jadi baik, semua nak buat yang terbaik, semua nak yang baik-baik, tapi benda yang tak baik juga yang kita buat. Susah sangatkah nak jadi baik ni?
Macam mana kita nak jadi baik yang senang? Supaya kita tak cakap susah nak jadi baik. Mari aku cerita kisah seorang budak yang nak jadi baik, tapi orang kata dia jahat!
*******************************
Nama aku Hagemaru. Aku berumur 7 tahun. Aku sebenarnya budak baik, tapi orang selalu cakap aku budak jahat. Mesti apa yang aku buat, langsung tak kena dimata dorang.
Satu hari, bapa aku bawa aku ke rumah kawan dia. Kawan bapa aku ni banyak pelihara burung. Dengan bangganya kawan bapa aku tu cerita tentang burung dia. Aku kesian tengok tu burung. Terkurung di dalam sangkar. Kawan-kawan dia yang lain semua berkicau riang bermain di luar sangkar.
Kawan bapa aku pun bawalah bapa aku masuk dalam rumah sambil bercerita tentang burung dia. Kesian pula aku tengok bapa aku, menguap jak kerja dia sampai termakan lalat lagi. Aku pula, masa ni ambil kesempatan bagi burung tu keluar sangkar, supaya dia dapat main dengan kawan dia.
Terkejut burung (ganti beruk) kawan bapa aku nampak burung dia semua tiada. Kaw kaw aku kena marah dengan bapa aku. Aku cakaplah, aku kesian burung tu terperap dalam sangkar, aku bagilah dia main kat luar, nanti pandailah dia balik sangkar. Sedangkan aku pun main kat luar tahu jalan balik rumah.
Tapi bapa aku tak terima apa yang aku cakap, dia cakap aku budak jahat. Salahkah aku?
Lepas tu kan, ada lah hari tu aku ikut pakcik aku pergi memancing. Wah, banyak dapat ikan. Besar-besar lagi tu. Pakcik aku letak dalam baldi semua hasil tangkapan dia. Tapi, bila aku tengok, ikan tu semua kotor, berlumpur, eeew, tak suka, tak suka.
Jadi, selaku budak baik yang tolong mak basuh pinggan, aku letak ikan tu dalam air. Pakcik aku pun terus marah aku. Dia cakap kenapa lepaskan ikan tu. Aku cakaplah, aku nak bagi ikan tu mandi. Lepas dia bersih, kita tangkap baliklah.
Tapi pakcik aku tak terima apa aku cakap, dia cakap aku budak jahat. Salahkah aku?
Last sekali, masa tu abang aku cuci motor. Lepas cuci dia masuk dalam rumah. Tapi aku nampak, dia cuci langsung tak bersih. Dalam ekzos tu hitam gila. Aku ni kan adik yang baik, aku tolong lah cuci dia punya ekzos. Susah juga nak tanggal yang hitam tu. Sampai aku tuang satu baldi air sabun dalam lubang ekzos.
Abang aku tiba-tiba keluar. Nampak jak apa aku buat, terus dia pukul aku. Dia kata aku budak jahat. Adik cuma nak tolong abang, kenapa pukul adik. Orang nak cuci ekzos bagi bersih. Kenapa semua cakap aku jahat?
******************************
Kesian Hagemaru, aku pun sedih ni, sambil lap-lap air mata semut yang nangis baca apa yang aku taip ni. Memang baik Hagemaru ni, dia berusaha nak jadi baik, tapi, kenapa orang cakap dia jahat? Bukan baik apa yang dia buat tu?
Nak jadi baik, kita perlu sesuatu, yang akan menerangkan jalan kebaikan. Yakni ILMU. Ulang balik kawan-kawan, nak jadi baik perlu apa? ILMU! Bagus, dapat setengah markah. Setengah markah mana lagi? Setengah lagi adalah AMAL!
Imam Ghazali mengatakan “Ilmu tanpa amal adalah gila, dan amal tanpa ilmu adalah sia-sia”. Demikianlah Hagemaru, bukan sahaja mendapat gila, tapi perbuatannya sia-sia.
Kita belajar agama adalah untuk diamalkan, demikianlah untuk cara nak jadi baik.
Namun, mentaliti orang, bila orang nak jadi baik, mesti ada tak puas hati, memperlekehkan orang tersebut. “Nak tunjuk baiklah tu” “Ala, dibelakang lain dibuat tu” dan macam-macam lagi ayat standard.
Persoalannya ~ Kita nak tunjuk baik depan orang atau depan Allah? Yang aku dapat rumuskan di sini :
Tunjuk baik dengan orang = Hipokrit.
Tunjuk baik dengan Allah = Ikhlas.
Bila buat baik semata-mata nak tunjuk dengan orang kita ni baik, atau takut dicop budak jahat, bila orang tak nampak, kemungkaran itu boleh dilakukan.
Bila kita nak tunjuk dengan Allah, lantas keredhaan-Nya yang kita dapat, kerana takutkan-Nya, lebih dari golongan masyarakat.
Satu lagi perkara yang menyebabkan kita rasa susah nak jadi baik, yakni pemikiran kita yang memberatkan kebaikan itu. Kerana kebaikan itu kita tafsirkan dengan kesempurnaan.
Mana mungkin manusia itu sempurna. Pasti ada berlaku kesilapan. Itulah gunanya kita bermuhasabah diri, dan yang paling penting segera bertaubat, biarpun ianya hanya ucapan Astagfirullah.
Selain itu, jagalah solat, kerana solat itu tiang agama, dan solat itu juga mencegah kemungkaran. Jangan sampai tunggu ketika solat, kita berada paling hadapan, terlebih imam lagi, bukan apa, dorang solat jenazah kan, waaah!
Nak jadi baik tak susah, yang penting kita cuba. Biarpun percubaan itu perlahan, bukan mendadak, sekurang-kurangnya ada. Panduan pun sudah ada, yakni Al-quran dan Sunnah. InsyaAllah, kita semua memperoleh kebaikan yang dicari.
Yang penting jangan jadi Hagemaru, perangai pelik minggu ini ye..

0 ulasan: