Jumaat, 28 Oktober 2011

MAJLIS PELANCARAN 5S











PADA 20 OKTOBER 2011 BERSAMAAN HARI KHAMIS IAITU PADA PUKUL 3 PETANG HINGGA 5 PETANG BERLANGSUNGNYA MAJLIS PELANCARAN 5S PERINGKAT JABATAN PATOLOGI DAN TABUNG DARAH HOSHAS.


APA ITU 5S?

  • Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas. 
  • Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.




1) SEIRI SISIH

  • Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya

2) SEITON SUSUN

  • Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

3) SEISO SAPU

  • Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

4) SEIKETSU SERAGAM

  • Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

5) SHITSUKE SENTIASA AMAL

  • Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya
Objektif Utama Program 5S

 - Membina budaya Kaizen di tempat kerja

 - Membina kerjasama melalui penyertaan semua

 - Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia

 - Meningkatkan infrastruktur untuk melaksanakan program Kaizen yang lebih maju

Ada dua pendekatan untuk mengamalkan 5S:

  •  Pendekatan Kaizen

  •  Pendekatan Inovasi

  • Oleh sebab 5S merupakan aktiviti yang berorientasikan manusia dan proses, pendekatan Kaizen adalah cara terbaik di mana pembaikan dilakukan secara sedikit demi sedikit tetapi berterusan. Bagi menjayakan Program 5S bukanlah semudah yang disangka. Untuk tujuan itu, komitmen yang tinggi diperlukan daripada semua peringkat kakitangan. Antaranya : 

 - Mengamalkan budaya kerja 5S

 - Menetapkan agenda perbincangan untuk pembangunan Program 5S

 - Meningkatkan pengetahuan berkaitan 5S

 - Meluangkan masa untuk 5S

 - Melaksanakan program 5S secara teratur tanpa tergesa-gesa

 - Memperuntukkan sedikit kewangan untuk pelaksanaan


Dokumen yang disusun kemas memudahkan pencarian apabila dikehendaki


Kakitangan diberi kebebasan menunjukkan kreativiti masing-masing

SETIAP UNIT DIKEHENDAKI MEMAKAI BAJU BERWARNA MENGIKUT ZON WARNA MASING-MASING PADA MAJLIS PELANCARAN 5S TERSEBUT.ADA PERTANDINGAN UNIT YANG PALING SPORTING DAN KUIZ NAMUN QUEENPINK KALAH,HUHU..

NAK TAHU SIAPA YANG MENANG? UNIT TABUNG DARAH YANG MENANG.SEMUA STAFF UNIT TABUNG DARAH MEMAKAI BAJU BERWARNA PINK.DI KALANGAN MEREKA SANGGUP MEMBELI BAJU BARU SEMATA-MATA MAJLIS PELANCARAN 5S INI.USAHA YANG SANGAT HEBAT! 




2 ulasan:

syariza09 berkata...

selamat ber5S...ada setengah tempat tu, dah wat 10S..5S pun dh rasa semput, inikan pula 10S kannn :)

Dewi Batrishya berkata...

Tahniah!!
Looks like a very good plan.. :)
Patut di contohi.. :D