Ahad, 12 Februari 2012

BERSALIN AWAL SEMATA-MATA UNTUK SUAMI


Texas – Savannah Aulger terpaksa dilahirkan awal dua minggu oleh ibunya semata-mata bagi membolehkan bapanya, Mark, 52, yang sedang nazak akibat penyakit kanser dapat memangkunya buat kali terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

Namun pada 23 Januari lalu, selepas 18 bulan menjalani rawatan kimoterapi untuk kanser paru-parunya, Mark Aulger telah meninggal dunia di samping isteri dan lima anaknya termasuk si bongsu, Savannah.

Satu-satunya gambar yang boleh dilihat Savannah apabila dewasa kelak ialah sekeping foto yang menyedihkan di mana dia berada dalam dakapan bapanya selama 45 minit sebelum Mark koma dan tidak sedarkan diri.

0 ulasan: