Sabtu, 11 Februari 2012

PESANAN UNTUK DIRI INI

Kalau tak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang,
kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji,
kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan,
kerana hati manusia itu
Terlalu bernilai untuk disakiti,
Terlalu mahal untuk disia-siakan,
Dan terlalu berharga untuk dihancurkan..

Pesan pada DIRI..
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti.. Kerana, sekali kau memberi, selamanya dia di HATI..
Kerana, sekali kau dilukai, sampai bila-bila tetap kau ingati..

Pesan lagi pada DIRI..
Hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI.

0 ulasan: