Ahad, 25 Mac 2012

50 PERBEZAAN LELAKI DAN WANITA

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma lelaki yang menentukan jenis kelamin bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan rata-rata berat otak laki-laki + 1.4 kg, wanita kurang dari itu.
6. Pertukaran jantina lebih banyak dilakukan lelaki.
7. Basikal lelaki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang pinggul untuk proses bersalin. Lebih banyak timbunan lemak pada punggung,lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang lebih besar,sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan. Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika ) lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik deria penciumannya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada lelaki
14. Kemampuan deria lelaki untuk merasai rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan,lelaki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki.
17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebahagian besar lelaki mengalami kebotakan. Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).
18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan contact lense, antara usia 16 – 44 tahun.
20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita.Sedangkan wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding lelaki.
21. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding lelaki.Pita suara lelaki lebih panjang dan saluran napasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Berhadapan dengan wanita pada jalanan ramai,lelaki menghadapkan tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung membalikkan badan,sering secara tidak sedar menempatkan tangan di depan badannya untuk melindungi dada.
25. Wanita memproses dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika masih dikandungan, lelaki terus memproduksi sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita rata-rata 153 detik berada di tandas, lelaki 113 detik.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelakii yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara seksual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kahwin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. Rata-rata lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding lelaki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kepantasan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri “Saya” dibanding lelaki.
39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan ( abstrak dan logika ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopaus,setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan pembuluh darah, kerana estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kolesterol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkahwinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki dibanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal kerana kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkahwinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh wanita, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.
48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /diperdaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksa giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

0 ulasan: