Khamis, 19 April 2012

QUEENPINK TONTON FILEM BATTLESHIP

ASSALAMUALAIKUM...

SEMASA QUEENPINK JALAN-JALAN DI MENTAKAB STAR MALL QUEENPINK PERGI MENONTON FILEM BATTLESHIP DI GSC(GOLDEN SCREEN CINEMA) MENTAKAB STAR MALL.



SINOPSIS FILEM BATTLESHIP 


Filem Battleship mengisahkan Alex Hopper lakonan Taylor Kitsch yang terpaksa mengikuti abangnya, Stone (Alexander Skarsgard) menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat, yang kemudian mengheret sama dirinya dalam situasi mendebarkan ketika mengikuti sesi latihan marin.

Alex yang berpangkat Leftenan mempunyai sikap sukar untuk membuat keputusan dan berdepan masalah akan disingkirkan daripada pasukan selepas tamat latihan.Namun kerana keberaniannya, Alex berupaya mencipta nama dan sejarah kepahlawanannya sendiri.


Sinopsis Filem Battleship

Plot cerita tentang tersalah menghantar transmisi gelombang komunikasi ke angkasa lepas yang menyebabkan pulau Hawaii berdepan masalah besar apabila isyarat yang dipancarkan menarik perhatian makhluk asing ke bumi.

Seterusnya, objek yang terdampar di tengah lautan menjadi persoalan kepada angkatan tentera laut dari 13 negara yang berkumpul di Pearl Harbor sempena latihan marin.

Situasi semakin mendebarkan apabila objek seperti bangunan di tengah- tengah samudera itu berubah menjadi kapal angkasa dan bermulalah babak pertempuran antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan Jepun dengan makhluk asing dalam filem arahan Peter Berg ini.

Filem ini turut memaparkan kisah percintaan antara Alex dan Samantha Shane (Decker), pengorbanan seorang abang kepada adiknya, serta persahabatan antara Alex dan Kapten Nagata (Asano).

Filem Battleship membariskan pelakon Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard,,Brooklyn Decker, Liam Neeson dan Tadanobu Asano itu turut menampilkan lakonan mantap daripada penyanyi Rihanna yang memegang watak Cora Raikes.



0 ulasan: