Sabtu, 26 Mei 2012

DON'T KEEP SCORE


“Don’t Keep Score” adalah salah satu teknik dalam perhubungan di mana anda tidak berkira pengorbanan yang dilakukan dengan pasangan anda. Sebagai contoh,
Anda mengosongkan bakul sampah di rumah. Tugas tersebut mungkin sepatutnya diuruskan oleh pasangan anda, tetapi anda buat tugasan itu tanpa berkira turn siapa yang patut mengosongkan bakul sampah tadi. Dan anda pula berkata, “Hari tu dah tolong awak kosongkan bakul sampah, takkan hari ni nak mintak tolong sikit pun tak boleh?”
Jika anda sentiasa berkira dalam membuat sesuatu, anda pasti akan rasa tertekan dan kusut dengan keadaan diri anda dan sekeliling.
Salah satunya anda asyik fikirkan, “kalau aku tolong pun, nanti bukan dia nak tolong aku.” Di sini anda sudah meletakkan dinding penghalang yang besar di depan anda. Benda yang sepatutnya mudah, tetapi anda jadikan ia susah. Dan akhirnya bakul sampah tadi yang penuh dengan sampah, terus terbiar dan menyebabkan rumah anda kotor. Siapa yang susah? Diri sendiri jugak yang susah…
Selain daripada itu, jika anda tidak berkira dalam menolong pasangan anda, anda akan rasa lebih tenang dan rileks. Malah anda akan dapat lebih lagi.
Ada teori mengatakan, “Lagi banyak yang anda beri, lagi banyak yang anda dapat”. Jika tidak percaya, cuba anda amalkan memberi dan terus memberi. Dan lihat berapa banyak pula yang anda dapat daripada pemberian anda tadi.
Tetapi janganlah sampai anda berkira, “Aku dah beri 100 kali, lepas ni mesti aku akan dapat 100 kali juga.” Ha…jangan la berkira sampai macam tu sekali ye.
Jangan berkira apa yang anda buat untuk pasangan anda. Just berikan sahaja pertolongan, dan bantu mana yang mampu untuk mengeratkan lagi perhubungan anda.
Lagi pun, kalau bukan anda, siapa lagi yang si dia boleh berharap untuk membantunya? Jadilah seorang kekasih yang tidak berkira dalam melakukan sesuatu. Amalkan teknik “Don’t Keep Score” dalam perhubungan anda.
Tetapi kalau bantuan dari segi bab duit macam mana pula? Ha…ada siapa-siapa boleh tolong saya jawab soalan ini?


0 ulasan: