Jumaat, 8 Jun 2012

GELAS KACA SEPARUH PENUH



Muncul seseorang datang bercerita padaku. Wajahnya tampak keresahan. Aku tanya, kau kenapa begitu gelisah?

Dia hulur gelas kaca berisi air putih separuh penuh. Jawabnya, ini aku.


Diam sejenak. Aku keliru. Tak faham.

Gelas ini kamu? Tanyaku. Tiada jawapan. Aku tunggu penuh sabar.


Separuh penuh itu aku, katanya.

Terisi, tapi tetap kosong.
Terisi, tapi tiada rasa.
Terisi, tapi kekurangan.


Diam lagi.


Gelas kaca itu juga aku, tambahnya.

Pegangkan erat, terlepas nanti boleh berkecai jadinya.

Aku tunduk keliru. Tak faham. Apa yang kau cuba nak sampaikan padaku? Dia diam.


Kau,kau boleh tolong aku tak? Dia bertanya.
Aku angkat muka. Tolong apa?


Dia diam lagi. Aku semakin hairan. Entah kenapa aku rasa dia sungguh aneh hari itu. Dia ambil gelas kaca dari tangan aku. Letak atas meja. Tepat depan aku.


Tolong penuhkan separuh lagi gelas kaca ini, boleh?
Tolong berikan air putih ini suatu rasa, boleh?
Aku faham jika ada waktunya ia boleh jadi pahit, payau, kelat, masam, kurang manis.
Tapi aku terima, sebab aku tahu tak ada sesuatu yang sempurna sepenuhnya.


Giliran aku terdiam. Jantung aku berdegup kencang. Nafas aku umpama terhenti. Sungguh aku gamam. Bukan main-main. Dia sambung lagi.


Separuh penuh itu hati aku,
Separuh penuh itu jiwa aku,
Separuh penuh itu hidup aku,
Separuh diri aku, itu kamu.



Aku diam.
Tunduk.
Saat itu aku rasa macam mahu pitam!

Tapi akhirnya aku senyum dan ambil gelas kaca separuh penuh itu.


0 ulasan: