Sabtu, 21 Julai 2012

Fakta menarik THE DARK KNIGHT RISES

 

1. Christian Bale mengatakan dia enggan memainkan peranan sebagai Batman sekiranya watak Robin diwujudkan. Oleh kerana itu pengarahnya Christopher Nolan bersetuju untuk tidak menghidupkan watak Robin kerana takut kehadiran Robin akan mengurangkan impak nuansa gelap trilogi ciptaannya.

2. Antara sebab Tom Hardy telah dipilih Nolan untuk watak Bane adalah kerana prestasi lakonannya dalam filem "RocknRolla", tapi Hardy menyangka Nolan memilihnya kerana lakonannya dalam "Bronson", sedangkan Nolan tidak pernah menonton filem tersebut.


3. Christopher Nolan merupakan pengarah pertama yang berjaya melengkapkan trilogi filem "Batman". Namun dia merupakan pengarah kedua yang berjaya melengkapkan trilogi filem genre adiwira. Tempat pertama jatuh kepada Sam Raimi untuk trilogi "Spiderman".



4. Pada awalnya, Anne Hathaway telah dipilih untuk memainkan watak Black Cat dalam filem keempat "Spiderman". Namun begitu, dengan pembatalan filem tersebut, dia ditawarkan watak Catwoman dalam filem ini pula.

5. Antara barisan pelakon yang diujibakat untuk memegang peranan Catwoman termasuk Jessica Biel ("The A-Team"), Gemma Arterton ("Clash Of The Titans"), Kate Mara ("American Horror Story") dan Keira Knightley ("Pirates Of The Caribbean"). Namun begitu, Anne Hathaway akhirnya berjaya memenangi peranan tersebut.



6. Antara barisan pelakon wanita yang dicadangkan untuk watak Miranda Tate pula termasuk Kate Winslet, Naomi Watts, Rachel Weisz dan Marion Cotillard. Namun begitu, Cotillard telah dipilih untuk memainkan watak tersebut, apatah lagi Nolan sudah biasa bekerja dengan Cotillard melalui filem "Inception". Cotillard memulakan proses penggambaran dua bulan selepas kelahiran anaknya, Marcel.

7. Menurut Gary Oldman yang melakonkan watak Jim Gordon, Christopher Nolan telah mendedahkan sendiri pengakhiran filem sebelum ia dimulakan bagi mengelak daripada sebarang kekurangan dan pembocoran di media.



8. Pelakon lagak ngeri untuk Anne Hathaway telah merosakkan satu daripada kamera IMAX apabila Batpod yang ditungganginya menghentam kamera tersebut. Ini kali kedua sebuah kamera IMAX dirosakkan. Sebelum ini satu daripada kamera IMAX mereka rosak ketika merakam babak kejar-mengejar antara trak The Joker dan batmobile dalam "The Dark Knight".

9. Antara pelakon yang dicadangkan untuk watak John Blake termasuk Joseph Gordon-Levitt ("Inception"), Leonardo DiCaprio ("Inception"), Ryan Gosling ("The Notebook") dan Mark Ruffalo ("The Avengers") sebelum produksi membuat keputusan untuk memilih Gordon-Levitt.



10. Menurut Nolan, dia memilih Bane sebagai antagonis Batman dalam filem terakhir ini untuk menguji Batman dari sudut fizikal dan mentalnya.

11. Anne Hathaway menjadikan Hedy Lamarr sebagai inspirasi lakonannya sebagai Catwoman. Heddy Lamar juga merupakan pelakon wanita era 40-an yang menjadi inspirasi pencipta Catwoman untuk watak tersebut.


12. Christopher Nolan menawarkan peluang untuk James Newton Howard ("The Hunger Games", "Green Lantern") menghasilkan muzik latar filem ini bersama Hans Zimmer seperti yang dilakukannya dalam "Batman Begins" dan "The Dark Knight". Namun selepas melihat kolaborasi hebat antara Nolan dan Zimmer dalam "Inception", dia merasakan dia mungkin hanya akan mengganggu.



13. Tom Hardy menerima watak Bane tanpa membaca skrip. Dia terus menerimanya apabila diberitahu yang dia akan mendapat akses untuk menerima latihan lagak ngeri dan menggunakan peralatan yang akan disediakan.

14. Ini merupakan filem kelima Nolan bersama pelakon Michael Caine. Filem lain adalah "Batman Begins", "The Prestige", "The Dark Knight" dan "Inception".

0 ulasan: