Ahad, 5 Ogos 2012

Kesan Buruk Duduk Atas Dompet!



Kita sudah terbiasa dengan menyimpan dompet di poket belakang dan duduk di atasnya. Mungkin pada anda, biasa sahaja dan memang dah sepatutnya begitu. Tetapi tahukah anda, bahawa duduk di atas dompet menyebabkan anda duduk dalam posisi yang tak stabil. Kesannya ialah anda akan mengalami masalah tulang belakang dan pinggang! Kesan ini boleh dirasai dengan segera oleh orang-orang yang mempunyai dompet yang tebal. Situasi ini sama sepertimana anda duduk di atas batu sebelah punggung untuk tempoh masa yang panjang.


 Kita tidak ambil peduli terhadap kesan ini kerana pada peringkat awal sakit itu tidak datang. Tetapi, anda akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Selain itu, duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Anda lebih berisiko untuk mengalami kesan-kesan buruknya. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan daripada duduk di atas dompet mulai sekarang.

0 ulasan: