Jumaat, 28 September 2012

ANAK DATUK K JUMPA ROZITA CHE WAN

Anak Datuk K jumpa Rozita Che Wan

  Aktres popular, Rozita Che Wan terkejut apabila salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K telah menyapanya dan bertanya tentang gosipnya yang dikatakan mahu berkahwin dengan bapanya.

"Saya tak kenal Datuk K secara peribadi dan begitu juga anaknya. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada sebuah portal hiburan redcarpet.

Aktres berusia 38 tahun sebelum ini pernah digosipkan kononnya telah berkahwin dengan Datuk K secara rahsia tanpa pengetahuan ramai. Namun Rozita menafikan gosip tersebut dan meminta semua media supaya berhenti membuat spekulasi mengenai dirinya dan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati isteri Datuk K iaitu penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Sementara itu, ibu tunggal kepada dua orang anak ini berkata, dia kini selesa hidup menjanda dan lebih berhati-hati dalam mencari cinta selepas gagal dalam perkahwinan sebelum ini.
Menurutnya, dia sangat cerewet apabila melibatkan lelaki dan telah menyatakan bahawa dia akan hanya berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak.

"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana enggan anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.

"Saya tertarik pada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun tidak dia tidak kaya. Yang paling penting adalah lelaki itu mestilah boleh menerima kedua-dua anak lelaki saya," akhirinya.

0 ulasan: