Selasa, 18 September 2012

BONANZA SELEBRITI HOT FM

Bermula 3 September hingga 28 September 2012, radio paling hangat di Malaysia, Hot FM akan mengadakan sebuah peraduan yang dikenali sebagai “Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew”.
Menerusi program ini, para pendengar bertuah Hot FM hanya perlu menantikan isyarat memanggil “Bonanza Selebriti Hot FM AM Krew” dan mereka dikehendaki meneka item atau personaliti yang dimaksudkan menerusi pembayang kata yang akan diberikan. Sekiranya pendengar berjaya memberikan jawapan yang tepat dalam masa 10 saat, mereka akan menerima duit raya sebanyak RM1,500!
Sekiranya pendengar tersebut gagal meneka jawapan dengan tepat, wang tersebut akan dibawa ke waktu seterusnya sehingga ada yang dapat menjawab dengan betul!
Program Bonanza Selebriti ini berlangsung selama empat minggu dan dikeudarakan di segmen Hot FM AM KREW sebanyak 2 kali sahaja. Pemanggil yang ke-6 akan layak menyertai Bonanza Selebriti Hot FM AM KREW setelah isyarat memanggil di keudarakan.
Paling mengujakan, pendengar turut ‘didera’ dengan pembayang kata ini yang akan diberikan oleh selebriti popular seperti Remy Ishak & Dato’ Siti Nurhaliza. Pastikan anda tidak ketinggalan mendengar slot Bonanza ini dengan pelbagai aksi yang melucukan antara selebriti dan peserta. Oleh itu, rebutlah peluang menjadi pendengar bertuah dan memenangi duit raya sehingga RM60,000!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.hotfm.com.my.

0 ulasan: