Ahad, 16 September 2012

FITFLOP SANDAL SMART ABAD INI


FLIP FLOP atau selipar ringkas perlu dinilai berdasarkan pilihan stail yang ada. Kenal pasti jenis-jenis flip flop dan pastikan ia padan serta sesuai dengan kaki.
Ada flip flop yang dicipta seperti selipar biasa iaitu, getah pencengkam jari-jari kaki terletak antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua. Flip flop jenis ini memudahkan pergerakan seseorang tetapi jika dipakai untuk tempoh masa panjang, boleh menyebabkan kulit melecet.
Satu lagi jenis flip flop yang ada di pasaran ialah sandal. Satu bahagian pada sandal yang menghubungkan kedua-dua bahagian sandal berfungsi sebagai pelekap, agar kaki tidak terkeluar ketika berjalan. Secara umum, sandal lebih digemari ramai berikutan keselesaan berpanjangan dan mempunyai banyak rekaan.
Perkara yang perlu dititikberatkan saat membeli flip flop ialah meneliti hiasan, warna dan perincian pada flip flop itu. Sarungkan ke kaki dan lihat pada cermin, adakah ia sesuai dengan diri anda. Jangan malas buat perbandingan dengan beberapa jenis flip flop lain.
Elakkan membeli flip flop yang mempunyai tulisan-tulisan menarik dan cantik pada bahagian kusyen atau tapak, kerana ianya hanya akan ditutup oleh kaki anda dan tidak akan kelihatan.
Aktiviti riadah
Periksa tapak flip flop sebelum membuat keputusan untuk membeli. Adakah flip flop yang dibeli dipakai untuk kegunaan harian ataupun hanya digunakan untuk ke pantai atau aktiviti air?

Sekiranya flip flop itu sememangnya dipakai untuk ke tempat basah, pilih tapak keras dan elak membeli tapak licin. Pemakaian tapak licin untuk aktiviti riadah ringan juga akan menyebabkan kita tergelincir kerana tapak lembut tidak dapat menyokong kaki dengan kuat.
Usah takut bermain dengan ketinggian flip flop. Sekarang bukan lagi zaman orang menyarungkan flip flop bertapak rata sahaja. Malah, terdapat juga pilihan flip flop bertumit tinggi dan bertumit tebal (wedge).
Buat perbandingan material setiap kali ingin membeli flip flop. Kelebihan flip flop ialah ia diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik.
Terdapat flip flop diperbuat daripada kulit, getah, plastik, vinil, suede dan banyak lagi. Sesetengah daripada fabrik tersebut seperti getah, sesuai digunakan ketika permukaan basah.
Flip flop daripada fabrik kapas memperlihatkan kekemasan dan cantik dipakai, cuma ia cepat kotor. Plastik pula tampak funky tetapi ia kurang fleksibel.
Perlu diketahui, apa jua jenis flip flop yang anda guna mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk anda tergelincir ketika permukaan yang sangat licin. Jika mahu berjalan dalam cuaca sebegitu, pastikan anda menyarungkan sandal sukan yang lebih selamat.

0 ulasan: