Rabu, 12 September 2012

JANGAN SAMPAI POKAI



 
Membeli cenderamata atau hadiah buat yang tersayang antara pemberian bermakna pengikat kasih sayang. Jika ada bajet, memang tidak menjadi hal. Sebaliknya pula jika tiada, langkah awal harus diambil.  Maksudnya sasaran kewangan yang digunakan itu biarlah berpada-pada. Ini untuk memastikan anda tidak pokai dan kekasih pula tidak lari!
Jadi ini adalah 10 tip berbelanja untuk kekasih..
1. Merancang lebih awal
Ingat tarikh penting. Ini perlu. Terutama yang berkaitan dengan hari jadi atau ulang tahun ikatan percintaan. Ini penting untuk anda membuat belanjawan lebih awal. 6 bulan merupakan tempoh yang cukup untuk anda mula menyimpan jika mahu memberikan hadiah istimewa buat si dia.
2. Sasarkan tujuan
Sasarkan apa yang anda ingin beli untuk kekasih. Mungkin telefon bimbit, jam atau tas tangan. Buat rangkaan bajet yang bersesuaian dengan gaji anda. Lakukan tinjuan di beberapa butik atau kedai untuk mengetahui harganya. Selepas itu anda patut mulai menyimpan.
3. Disiplin
Dalam tempoh menyimpan, jangan sesekali anda mengeluarkan wang itu untuk kegunaan sendiri. Ini adalah ia akan memberikan kesan terhadap keseluruhan perbelanjaan dalam bulan itu. Pastikan anda telah menetapkan peruntukan lain untuk membayar ansuran kereta atau sewa rumah.
4. Dating sederhana
Dalam tempoh menyimpan itu anda juga akan keluar dating bukan? Ketika ini anda perlu bjiak mengehadkan kos. Mungkin perlu mengurangkan menonton wayang atau makan di tempat kurang eksklusif sebagai alternatif. Perlu diingat anda ada satu misi yang lebih penting. Jadi utamakan tujuan itu.
5. Perubahan mengikut kesesuaian
Sebagai contoh, 3 bulan sebelum hari jadi kekasih, ketika berjalan-jalan di pusat membeli belah anda boleh lihat apa yang si dia berkenan di hati. Ketika anda sudah menetapkan telefon bimbit dengan harga tertentu sebagai pilihan, mungkin si dia lebih terpikat dengan tas tangan. Dalam situasi ini, saya tidak menggalakkan anda membeli keduanya tetapi pilih hanya satu sahaja.
6. Jangan meminjam
Jan sesekali meminjam dari mana-mana pihak jika anda memang tidak cukup dana membeli hadiah. Ini bukan sahaja menambahkan hutang tetapi akan menyebabkan anda dipandang sinis oleh rakan-rakan.
7. Elakkan kad kredit
Adalah tidak digalakkan sama sekali jika anda mahu membeli sesuatu perkara yang bukan kepentingan utama menggunakan kad kredit. Melainkan anda mempu membayar semula sebanyak mana anda gunakan pada setiap hujung bulan. Kad kredit boleh mengakibatkan anda muflis dengan penggunaan yang tidak terkawal. Sebaiknya kos yang berkaitan keraian ini dibuat secara tunai atau debit kad.
8. Jangan tunggak bayaran utiliti
Menyimpan wang untuk hadiah kekasih masih lagi bukan alasan munasabah untuk tidak membayar bil-bil air, elektrik, kereta dan telefon. Jangan menangguhkan segala bayaran kerana ini memberi kesan kewangan jangka panjang untuk anda.
9. Sekadar simpanan jangka masa pendek
Perlu diingat, segala yang anda sasarkan seperti hari jadi ini merupakan simpanan jangka pendek. Jangan lupa membuat tabungan jangka masa panjang seperti perkahwinan, membeli rumah dan lain-lain ya.
10. Ukur baju di badan sendiri
Walau apa sekalipun tujuan anda adlaah lebih penting untuk mengukur baju di badan sendiri. Lihat kedudukan kewangan anda sebelum memutuskan untuk membeli sesuatu barangan. Kebiasaannya material tidak boleh menjamin cinta yang akan kekal buat selamanya. Hati dan perasaan anda terhadap kekasih lebih penting dari sekadar sebuah hadiah hari lahir semata-mata.

Diharapkan anda mendapat manfaat dan terima kasih kerana membaca post ini.

0 ulasan: