Isnin, 17 September 2012

LEGOLAND MALAYSIA

LEGOLAND Malaysia, taman tema yang akan dibuka di Nusajaya, Johor, 15 September ini, akan menarik lebih sejuta pelawat dalam tempoh setahun ia beroperasi.Pengurus Besarnya, Seigfried Boerst berkata, pihaknya yakin angka itu mampu dicapai, lebih-lebih lagi dengan sambutan jualan pas tahunan yang kini mencecah 50,000 selain tiket untuk sehari yang melepasi angka 12,000.

“Setakat ini, angka terbaru membabitkan prajualan bagi pas tahunan sudahpun melebihi 50,000, manakala tiket harian pula 12,000. Daripada jumlah ini, lebih 65 peratus dijual di dalam Malaysia dan kebanyakannya untuk individu
“Berdasarkan sambutan memberangsangkan ini, kami optimis untuk memperoleh sejuta pengunjung datang melawat Legoland Malaysia apabila genap setahun beroperasi,” katanya kepada Bisnes Metro

Beliau berkata, apabila siap kelak, pihaknya menjangkakan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 1,000 orang termasuk pekerja Taman Air Legoland Malaysia, tahun depan
“Setakat ini kami sudah mengambil lebih 600 pekerja,” katanya.Legoland Malaysia ialah taman tema Legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund (Denmark); Legoland Windsor (England); Legoland California dan Legoland Florida (Amerika Syarikat) serta Legoland Gunzburg (Jerman).Taman tema itu dibangunkan anak syarikat Iskandar Investment Bhd (IIB), IDR Resorts Sdn Bhd (IDR Resort) bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di Medini, NusajayaAntara yang menarik dan unik, di Legoland Malaysia, orang ramai berpeluang mengunjungi model taman mini memaparkan ikon Asia seperti Menara Berkembar Petronas, Angkor Wat dan Taj Mahal

Sebanyak 80 peratus model di Legoland Malaysia diadaptasikan daripada semua tarikan terbaik taman tema dunia dan bakal menempatkan 40 permainan menguji minda membabitkan tujuh lokasi yang mempunyai tema masing-masing

Legoland Malaysia Opens Up More Jobs In Johorlegoland taj mahal Lets go to Legoland!
legoland merlion Lets go to Legoland!legoland singapore flyer Lets go to Legoland!Asia's famous landmarks at Legoland MalaysiaAsia's famous landmarks at Legoland MalaysiaAsia's famous landmarks at Legoland MalaysiaAsia's famous landmarks at Legoland MalaysiaAsia's famous landmarks at Legoland MalaysiaAsia's famous landmarks at Legoland MalaysiaAsia's famous landmarks at Legoland Malaysia

0 ulasan: