Selasa, 18 September 2012

PENYANYI ALYAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL



Penyanyi yang terkenal dengan lagu "Kisah Hati" telah dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara selepas lampu acara (spot light) terjatuh di atas belakangnya ketika majlis terbuka stesen radio Hot FM di Sri Pentas, pagi Jumaat.

Dipetik daripada mStar, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 pagi, lampu yang ditempatkan di ruang legar Sri Pentas untuk majlis tersebut telah dilanggar seseorang lalu terjatuh di atas badan Alyah.

Menurut satu sumber, pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan bagi membolehkannya mendapatkan rawatan selepas Alyah mengadu sakit.

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil. Namun bagi mengelak sebarang komplikasi lain, pihak penganjur membuat keputusan untuk membawanya ke hospital," jelas sumber itu yang turut memberitahu Alyah pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut

0 ulasan: