Isnin, 29 Oktober 2012

JALAN-JALAN DI DEERLAND,LANCHANG PAHANG

Assalamualaikum..

Pada 24 Oktober 2012 bersamaan hari Rabu,QUEENPINK pergi ke Deerland yang terletak di Lanchang,Pahang.

Deerland

Deerland adalah destinasi pelancongan yang unik dan menarik. Ia merupakan pilihan tepat kepada para pencinta alam semulajadi. Pelbagai jenis flora dan fauna boleh dinikmati di sini.


LOKASI : LANCHANG .
DARI TEMERLOH : 50.5 KM
KELUASAN: 10 ekar

Waktu Operasi : 11.00 pagi - 6.00 petang (Setiap hari kecuali Jumaat)
Deerland wujud hasil dari sentuhan idea kreatif pemiliknya sendiri iaitu En. Abdullah Ahmad B. Mahmud. Beliau telah mengeluarkan kos sendiri untuk membina dan menyelenggara tempat ini. Deerland telah dibina dan siap pada bulan Mac 1996. Ini merupakan salah satu sumbangan besar kepada kerajaan negeri Pahang dalam meningkatkan industri pelancongan. Matlamat utama pengusaha adalah membantu kerajaan mengekalkan hidupan liar yang semakin pupus. Ini membolehkan orang ramai menikmati keindahan semulajadi di samping memahami habitatnya. Konsep yang cuba diterapkan di sini ialah membolehkan manusia bermesra dengan alam semulajadi (haiwan dan tumbuh-tumbuhan). 'NATURE BACK TO THE NATURE'

Di antara binatang-binatang yang terdapat di 'ANIMAL WORLD' Deerland adalah Burung Unta, Rusa Timur, Rusa Nilga dari India, Itik Kayu dari Kanada dan banyak lagi.
Pengunjung juga boleh melihat burung-burung liar dari pelbagai spesis yang sentiasa berkeliaran di kawasan ini. Ia amat sesuai untuk peminat-peminat yang meminati haiwan ini.
Pengunjung juga akan dibawa ke 'DEERLAND NATURE'. Di sini mereka akan diperkenalkan kepada pokok herba semulajadi melalui TITIAN HERBA. Pengunjung akan diberi taklimat mengenai herba-herba yang terdapat di sini mengikut kesesuaian umur. Untuk memerhati rusa di habitat semulajadi, pengunjung dibawa bersantai di RAN (Pondok Memerhati). Di sini juga terdapat DEERLAND JUNGLE TEA GARDEN dimana pengunjung boleh menikmati air herba yang disediakan.
Spesimen Herba-Herba Yang Ada :
  • JANGGUT ADAM- guna untuk merawat kencing manis.
  • KACIP FATIMAH- rawat wanita yang kerap lahirkan anak.
  • POKOK PELURUH- rawat wanita mengalami masalah haid.
  • PIKERING- rawat sengugut.
  • PENJARANG-merancang keluarga. 
Aktiviti Yang Disediakan :
  • BELAJAR MENYUMPIT- adakan pertandingan.
  • JUNGLE TRACKING-eratkan silaturahim bersama orang asli.
  • NETWORKING .
  • BELAJAR ASAS MEMERHATI BURUNG.
  • BELAJAR MEMASAK ala hutan di Dataran Sungai Deerland.
  • NIGHT WALKING.
  • MEMANCING.
  • JOGGING
Para Pelawat Perlu Membuat Tempahan Terlebih Dahulu Seminggu Sebelum Tarikh Lawatan
Untuk tempahan/maklumat lanjut, sila hubungi:-
En. Abdullah : 09-2779305/012-9627249 atau email:deer_land@hotmail.com

Jangan Lepaskan Peluang Untuk Berkunjung Ke Deerland






0 ulasan: