Sabtu, 27 Oktober 2012

SKYFALL



Filem pengintipan ke-23 siri James Bond kembali! 

Selepas operasi di Istanbul tidak berjalan lancar, James Bond didapati hilang dan dianggap telah mati, identiti semua agen risikan M16 aktif tersebar di internet dan M menjadi tumpuan dan perbincangan kerajaan kerana caranya mengendalikan situasi tersebut. Namun selepas Bond membuat kemunculan yang tidak dijangka, M perlu mencari Raoul Silva, seorang penjahat berbahaya. Apabila Bond mengekori jejak dari London ke Laut Cina Selatan, Bond mendapati kesetiaannya terhadap M dicabar disebabkan satu rahsia daripada kisah silamnya.

Diarahkan oleh Sam Mendes, "Skyfall" dibarisi oleh Daniel Craig, Judi Dench, Berenice Marlohe, Javier Bardem, Ralph Fiennes, Albert Finney dan Naomie Harris.

0 ulasan: