Sabtu, 27 Oktober 2012

STOLEN



Seorang bekas pencuri, Will Montgomery (Nicolas Cage) yang dibebaskan dari penjara kerana merompak AS$10 juta dari sebuah bank telah melawat anak perempuannya yang sudah lapan tahun tidak ditemuinya. Apabila seorang rakan lama Will yang ramai menyangkakan sudah mati menculik anak perempuannya itu dan mengurungnya di dalam bonet teksi, dia meminta wang tebusan AS$10 juta tersebut kerana dia mempercayai Will masih menyimpannya. 

Diarahkan oleh Simon West, "Stolen" dibarisi Nicolas Cage, Malin Akerman, Mark Valley, Sami Gayle, Tanc Sade dan Josh Lucas.

0 ulasan: