Khamis, 1 November 2012

JAMBATAN GANTUNG KUALA SEMANTAN








































Temerloh yang dikenali dengan nama "Bandar Ikan Patin" kini memiliki satu lagi aset yang menarik. Satu Jambatan Gantung yang merentasi Sungai Semantan telah dibina oleh Majlis Perbandaran Temerloh bagi menaikkan lagi nama Temerloh. Jambatan Gantung ini dinamakan "Jambatan Gantung Kuala Semantan"

Jambatan Gantung Kuala Semantan merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan Esplanade Temerloh sebagai menara A ke Dataran Patin sebagai menara B. Jambatan ini telah dibina dengan ukuran sepanjang 86 meter dengan ketinggian dari aras laut 40.22 meter. Aras ini jauh melepasi paras banjir iaitu 36.00 m. Ketinggian menara A dari tanah ialah 7.5 meter dan menara B pula ialah 10.5 meter. Jambatan ini mampu dinaiki seramai 5 orang dalam satu masa.
Lokasi jambatan gantung ini terletak berhampiran dengan Pekan Sehari Temerloh yang diadakan setiap hujung minggu. Lokasi jambatan yang berdekatan dengan Pekan Sehari dijangka dapat menarik perhatian pengunjung.
Jambatan ini mula dibina pada 30 Jun 2011 dan telah siap sepenuhnya pada 15 Feb 2012 dengan kos sebanyak RM 399,762.40. Jambatan ini dijangka akan dibuka pada orang ramai pada bulan Jun 2012 ini.


Pengeluaran ikan Patin menjadi kormesial ekoran permintaan yang melebihi pengeluaran bukan sahaja kawasan sekitar tetapi juga seluruh negara.

Jabatan Perikanan berusaha meningkatkan pengeluaran dengan 'ternakan sangkar' di sepanjang Sungai Pahang.

Jika anda ke Taman Esplanade Temerloh yang merupakan sebahagian jeti bot penambang ke Seberang Temerloh, anda akan mendapati sebuah jambatan gantung yang menyeberangi Kuala Sungai Semantan. Menariknya adalah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Semantan dan juga Sungai Pahang.

Kuala Sungai Semantan mempunyai sejarahnya tersendiri dimanakan namanya diambil atas kebijaksanaan Ilmu dan kehebatan pencak silat oleh Orang Brunei yang mendiami kuala ini yang bernama Seman Tahan. Sejarahnya QUEENPINK petik melalui papan info yang dipasang di Jambatan Gantung ini.



Jambatan gantung ini menghubungkan anda ke sebuah restoran di seberangnya dan dinamakan kompleks ini sebagai Dataran Patin Temerloh.

Kunjungan QUEENPINK sekitar awal tahun ianya masih belum dibuka tetapi minggu lepas ketika singgah ke sini QUEENPINK  berpeluang menggunakan jambatan ini.

Menarik tetapi patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti hanya 2 orang sahaja pada satu masa boleh berada diatas jambatan gantung ini dan jangan memanjat pagar jambatan walaupun sekadar berposing untuk bergambar. Kepada kanak-kanak jangan berlari atau melompat-lompat diatas jambatan.

Anda juga boleh mengunjungi Restoran Ima di seberangnya dengan menaiki kereta ke  Kampung Loyang kalau tak silap QUEENPINK melalui jalan di hadapan Hotel Seri Malaysia.

Pemandangan dari restoran ataupun atas jambatan amat menarik dengan latarnya pasti mengenai Sungai Pahang yang mengalir lesu. Malah jika anda berkesempatan, anda boleh merasai menaiki bot penambang yang menghubungkan antara tebing Taman Esplanade dan Seberang Temerloh dengan bayaran sekitar RM 1 searah perjalanan ataupun menaiki bot penambang yang sama menyusuri kawasan tebing dan sungai ini sekitar 15 minit- 25 minit dengan caj sekitar RM 20.


Selamat menjamu selera dan menikmati pemandangan Sungai Pahang dan Sungai Semantan.




1 ulasan:

StuntWomanWho :) berkata...

panjang gila jambatan dia . err -.-