Khamis, 15 November 2012

KHAIRUL FAHMI CHE MAT BAKAL KE JINJANG PELAMIN



PASTI, hubungan cinta mereka bukan lagi satu rahsia. Malah, satu Malaysia sudah tahu bahawa penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau popular dengan gelaran Apek akan berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Leuniey sekitar bulan hadapan atau Januari 2013. Tak padahal sebelum ini Apek kerap dikaitkan dengan ramai wanita, malah hampir dilabel sebagai kasanova. 

Apek dan Leuniey juga, masing-masing pernah menafikan mereka sebagai pasangan kekasih sekitar tahun ini. Bagaimanapun, percintaan mereka tidak dapat disembunyikan lagi.

Akhirnya, anak kelahiran Kelantan yang juga pernah putus tunang ini tekad memilih Leuniey, gadis senegeri yang merupakan seorang model dan pemilik butik pengantin sebagai isteri.

Pada usia yang masih muda iaitu 24 tahun, Apek yang ditemui dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen baru-baru ini memberitahu faktor usia bukan soal utama dalam mengambil keputusan menamatkan zaman bujang. Dia dengan yakin turut menjelaskan bahawa menikahi Leuniey dalam tempoh terdekat ini merupakan keputusan yang tepat.


"Memilih dia dan menikahi dia kelak merupakan satu keputusan yang tepat buat saya," ujarnya yang turut memberitahu sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

Leuniey pula yang baru berusia 21 tahun turut menyatakan usia muda bukan satu halangan untuk dia berkahwin.

Katanya: "Saya sudah bersedia untuk berkahwin dan berharap perkahwinan kami nanti akan menutup banyak cerita kontroversi yang sedia ada."

Pasangan tersebut bagaimanapun sepakat untuk tidak mendedahkan tarikh majlis pekahwinan mereka. Ini kerana jelas Apek, dia mahu memberi fokus terhadap tugas besarnya untuk membantu Malaysia memenangi Piala Suzuki AFF yang bakal bermula pada 24 November ini.


"Seperti yang dijanjikan, satu sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinan kami akan diadakan selepas perlawanan tersebut nanti. Buat masa ini, fokus saya hanya untuk membantu negara memenangi perlawanan tersebut," ujar Apek.

Mereka bagaimanapun memberitahu persiapan perkahwinan kini sedang rancak dijalankan dan cukup berdebar untuk menanti detik bergelar suami isteri.

0 ulasan: