Ahad, 16 Disember 2012

THE MAKING OF CARAMEL POPCORN

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa 
 Karamel

  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/banyak mana pop corn yang ada)

 Cara-cara

  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk.Api tu pula, mula-mula guna api kuat untuk panaskan minyak dan butter.Dalam 2 minit lepas turunkan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk.Tuang jagung rata dan sama paras dengan minyak dan butter yang dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dengan rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat-cepat keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnya..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
Karamel
Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat-cepat.


0 ulasan: