Ahad, 31 Mac 2013

BUAH TIN


Buah Tiin adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Teenn ketika bersumpah dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.

Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat.

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi "Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, "Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata "inilah buahnya" kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi."

Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.

Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.

0 ulasan: