Ahad, 3 Mac 2013

JACK AND THE GIANT SLAYER



Diadaptasi daripada kisah dongeng "Jack The Giant Killer" dan "Jack And The Beanstalk", filem ini mengisahkan seorang pekerja ladang bernama Jack (lakonan Nicholas Hoult) yang secara tidak sengaja membuka pintu di antara kehidupan manusia dan juga gergasi yang menakutkan. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi selepas berabad lamanya, kumpulan gergasi tersebut cuba mendapatkan semula tanah yang pernah diduduki oleh mereka sebelum ini. Ia memaksa Jack untuk menentang mereka bagi mendapatkan semula tanah mereka, melindungi orang ramai serta menyelamatkan seorang puteri yang berani bernama Isabelle (Eleanor Tomlinson).

Selain Hoult dan Tomlinson, "Jack The Giant Slayer" yang diarahkan oleh Bryan Singer ini turut dibarisi Ewan McGregor, Stanley Tucci, Ian McShane dan Bill Nighy.

0 ulasan: