Ahad, 21 April 2013

CERITA MENGKAGUMKAN

 

Cerita MENGKAGUMKAN ini mengisahkan seorang lelaki yang mengalih gunung dengan tangannya.

Manusa sering berkata : "bagaimana aku mampu mengubah dunia, sedangkan aku hanyalah 1 orang di dalam beribu juta manusia yang lain. Manusia yang lain harus berubah, supaya aku mampu membawa perubahan ini."

"Aku telah kehilangan isteri kerana bukit ini, aku akan pastikan kalian tidak merasai pengalaman itu". Itulah kata Dashrath Manjhi sebelum mengambil keputusan untuk memahat bukit batu setinggi 300 kaki. Pada tahun 1959, isteri beliau meninggal dunia kerana lambat sampai ke hospital yang terletak 70km daripada kampungnya, namun jika bukit batu itu tiada, jarak dengan hospital hanyalah 1km. Beliau menjual kambing demi membeli pahat, penukul, dan tali untuk menghancurkan bukit itu. Penduduk kampung mengetawakan beliau dengan mengatakan Manjhi si Gila. Beliau memahat gunung itu malam dan siang selama 22 tahun, sehinggalah akhirnya bukit batu itu menjadi pepasir, dan membentuk jalan menuju ke hospital yang kini hanya 1km daripada kampung. Dashrath Manjhi meninggal dunia pada 18 Ogos 2007 di New Delhi, India kerana mendapat serangan jantung. Mendiang telah disemadikan dengan adat istiadat kebesaran negara atas sumbangannya terhadap masyarakat.

Dashrath Manjhi telah meninggalkan kita dengan beberapa perkara yang wajar kita renungi :

1. Kesabaran adalah sangat penting.
2. Binalah impian sungguhpun ia mustahil
3. Jagalah keperibadian
4. Sentiasa positif
5. Jangan mudah kecewa jika ada yang mengetawakan idea kita yang unik atau pelik.

0 ulasan: