Isnin, 29 April 2013

JOM UNDI FILEM,HERO DAN HEROIN TERBAIK UNTUK ANUGERAH BLOKBUSTER 2013

anugerah-blokbuster


Undian Anugerah Blockbuster ke-2 tahun 2013 sudah dibuka. Untuk pengetahuan anda, siaran langsung Anugerah Blockbuster bakal diadakan tidak lama lagi. Anugerah Blokbuster ke-2 bakal berlangsung pada 15 Jun 2013 pada pkul 9.00 malam di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Radio Era.

Cara Mengundi Anugerah Blockbuster 2013
Proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blokbuster iaitu di ANUGERAH BLOKBUSTER dan menampilkan 15 kategori yang dipertandingkan.
Jadi kepada para pembaca Astro Gempak, jangan lupa untuk memilih dan membuat undian siapakah yang layak untuk menjadi pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Berikut adalah 15 kategori yang dipertandingkan:
1. Anugerah Filem Terhebat
2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat
3. Anugerah Direktor Baru Terhebat
4. Anugerah Filem Aksi Terhebat
5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat
6. Anugerah Filem Takut Terhebat
7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat
8. Anugerah Hero Terhebat
9. Anugerah Heroin Terhebat
10.Anugerah Watak Penjahat Terhebat
11.Anugerah Lagu Tema Terhebat
12.Anugerah Hero Baru terhebat
13.Anugerah Heroin Baru terhebat
14. Anugerah PFM
15. Anugerah Astro First Terhebat

0 ulasan: