Jumaat, 14 Jun 2013

OREO CHEESE CAKE

Bahagian A

2 paket oreo
1 sudu besar gula merah/gula perang
50g butter

Cara membuat :
1) Bina bahagian bawah kek,kita gunakan biskut oreo dan tinggalkan dia lebih kurang 7-8 keping je tapi kena asingkan cream oreo tu dulu.
2) Lepas asingkan,hancurkan biskut itu sampai hancur.Anda nak guna lesung batu,blender untuk hancurkan biskut itu,terserah pada anda.
3) Masukkan 50g butter dan gaulkan dengan biskut itu.
4) Dah sebati,masukkan 1 sudu besar gula perang/gula merah dan gaulkan hingga ia sebati
5)Masukkan ke dalam peti sejuk selama sejam.

Bahagian B

250g cream cheese
80ml fresh milk
1/2 cawan gula
100ml whipping cream
krim oreo yg dah dipisahkan
1 sudu gelatin yang dah dibancuh dengan 40ml air panas
Cara membuat :
1) Masukkan cream cheese ke dalam bekas dan lenyek-lenyek dulu cheese itu.
2) Masukkan 80ml fresh milk dan gaul sebati.
3) Masukkan 1/2 cawan gula dan gaul sebati.
4) Masukkan 100ml whipping cream dan gaul sebati.
5) Masukkan 1 sudu gelatin yang dah dibancuh dengan 40ml air panas.
6) Masukkan krim oreo yang dah diasingkan tadi.
7) Lebihan 7 keping oreo yg ditinggalkan tadi,ambil la dalam 3 keping oreo itu,hancur-hancurkan macam buat tapak kek tu tadi.pastu masukkan dalam adunan tadi.
8) Akhir sekali,keluarkan balik tapak kek yang dalam peti sejuk,lalu curahkan bahagian B ke dalamnya.kemudian letaklah baki 4 keping oreo yang tinggal itu sebagai topping.Dah siap!
9)Masuk dalam peti sejuk balik dalam 4-5 jam.
P/S Resepi ini tak memerlukan oven ye.

 


0 ulasan: