Khamis, 11 Julai 2013

PROTON PERADUAN NAMA SIAPA HEBAT








Proton hari ini mengumumkan “Peraduan Nama Siapa Hebat” sempena pelancaran sebuah model kompak serba baharu yang bakal dilancarkan pada separuh pertama tahun depan. Melalui peraduan yang dianjurkan itu, setiap peserta perlu mencipta nama yang paling menarik dan hebat untuk model kompak serba baharu itu dengan hadiahnya berupa varian Premium sebuah model berkenaan untuk dibawa pulang. Pelbagai hadiah-hadiah lain yang menarik turut ditawarkan.

Petunjuk yang diberikan oleh Proton mengenai model tersebut ialah ianya sangat bergaya, bersaiz kompak, hadir dengan rekaan yang inovatif dan dilengkapi pelbagai ciri-ciri dan teknologi canggih. Model tersebut juga mempunyai ruang yang luas, selesa dan secara ekstremnya sangat praktikal, di samping menawarkan tahap pemanduan yang menyeronokkan. Setakat ini masih belum dapat dipastikan sama ada model serba baharu yang dimaksudkan itu direka berdasarkan model konsep Proton EMAS.

“Peraduan Nama Siapa Hebat” bermula dari 25 Jun dan akan berakhir pada 25 Julai 2013 ini, dengan maklumat lanjut boleh diperolehi di laman web yang disediakan di sini : PROTON – Nama Siapa Hebat. Salah satu syarat peraduan tersebut ialah nama yang dicipta perlulah di dalam Bahasa Malaysia. Jika anda mempunyai idea yang unik dan menarik bagi menamakan model kompak serba baharu dari Proton yang akan dilancarkan pada tahun 2014 akan datang, jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan tersebut hari ini.

0 ulasan: