Isnin, 2 September 2013

KL ZOMBI



KL Zombie  mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Namun segala-galanya menjadi porakperanda apabila sejenis wabak bahaya yang menukar manusia menjadi mayat hidup merebak di sekitar Kuala Lumpur.

Watak utamanya, Nipis (Zizan) terpaksa bertarung nyawa demi menyelamatkan diri dan rakannya yang lain daripada dijangkiti wabak itu. Filem diadaptasi daripada novel Fixi berjudul Zombijaya ini diarahkan Woo Ming Jin.

KL Zombie menemui penonton 29 Ogos ini dibintangi Zizan Razak, Siti Saleha, Faezah Elai, Izara Aishah dan Azhan Rani.

 

0 ulasan: