Ahad, 10 November 2013

DOVE EMPOWERMENT WORKSHOP

Assalamualaikum...

Queenpink dapat jemputan DOVE EMPOWERMENT WORKSHOP di Impiana KLCC Hotel.


Sebaik sahaja tiba di Impiana Hotel Klcc,Queenpink mendaftarkan diri di Hall 2 di mana berlangsungnya Dove Empowerment Workshop.




 



Setiap wanita yang terpilih menerima jemputan ekslusif ke Dove Empowerment Workshop akan dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu mengikut warna tali tag nama,Birds of Paradise(Oren),Lily(Grey) dan Lavender(Blue).Queenpink ahli kumpulan Lily.Pengacara majlis sepanjang workshop berlangsung ialah Azah,bekas pengacara 3R.Masih ingat program 3R yang ditayangkan di TV3? Respek,Relaks dan Respons.Sekarang 3R musim baru,pengacara baru.

 

Sesi pertama workshop ialah pengkongsian idea dan ilham dari Celina Khor,bekas pengacara 3R tentang keyakinan diri.

 


 

Celina Khor bersama pengacara 3R musim terbaru yang terdiri daripada Dayah,Yvonne dan Amirah.Sebelum sesi kedua bemula,makan dan minum pagi dahulu :)

Sesi kedua bersama wanita yang cekal dan berani berkongsi pengalaman membantu mangsa tsunami di Acheh.Apabila Queenpink mendengar cerita mengenai pengalaman dia,Queenpink rasa terharu dan mengeluarkan air mata. :'(

Sesi seterusnya ialah perkongsian pengalaman,ilham dan idea daripada 3 selebriti terkenal iaitu Ning Baizura,Sharifah Syahira dan Sharifah Aleeya.

 

Sebelum makan tengah hari,Athiya dan Hasreena berkongsi pengalaman mereka tentang masalah keguguran rambut.

 Foto

Lebih kurang 12.30 tengah hari,kami makan tengah hari di Tonka Bean Cafe.Pelbagai hidangan disediakan.Queenpink tak makan semuanya.Tak larat nak makan..Aiskrim Baskin Robbins yang ada di situ  pun tak makan :)

 Foto
 

Selepas makan tengah hari,setiap kumpulan mengalami dan menikmati sesi dandanan dan pemanjaan diri.Kami belajar tentang urutan bahu,leher dan kepala.Kami menikmati sesi pemanjaan diri selama setengah jam.Queenpink mengalami dan menikmati urutan bahu,leher,kepala dan tangan.Queenpink sangat suka urutan.Hehe :)

Seterusnya kami belajar tentang teknik pernafasan yang betul dan menghadiri kelas pendandanan diri.

Selepas mengalami dan menikmati sesi dandanan dan pemanjaan diri,kami semua bergambar.

Sebelum pulang,Queenpink menerima doorgift Produk Dove Hair Fall Rescue iaitu shampoo,perapi,tonik Dove,keychain dan gambar.

 Foto

P/s : Terima kasih Dove!

0 ulasan: