Isnin, 25 November 2013

HERO-SI KUCING BERKAKI DUA MATI AKIBAT LEUKIMIA

 

MASIHKAH KAU INGAT!!!
Kisah Tragis Seekor Kucing bernama - HERO
 

Kisah seekor kucing yang dipotong kedua belah kaki depannya oleh “seorang manusia” (atau layakkah digelar manusia) kerana dipercayai mencuri ikan di sebuah restoran.
...

Selepas kaki kucing itu dipotong, ia dibiarkan menderita kesakitan di tepi kaki lima. Cuba kita bayangkan betapa menderita dan sakitnya kucing itu.

Sedangkan jari kita terluka terkena pisau pun, pedihnya sampai tak karuan seketika, inikan pula dipotong kakinya dalam keadaan hidup-hidup.

Kucing ini bernasib baik kerana ditemukan Allah oleh orang yang berhati mulia bernama Hairey. Hairey la yang menyelamatkan kucing tersebut dan merawatnya hingga sembuh.

Kini setelah 6 tahun berlalu, kucing yang diberi nama Hero itu telah pulih sepenuhnya. Hero mampu berjalan dan melompat walaupun kudung kedua kaki depannya. Melihat ketabahan Hero, timbul rasa simpati. Sampai hati betul “seorang manusia” itu sanggup memotong kaki Hero.


Sekadar Renungan

Kadangkala Allah hantar kucing untuk menguji
kita sama ada kita sayang atau tidak dengan
Rezeki Allah..
Kerana dia tak minta ikan yang baru di goreng..
Dia tidak minta pinggan yang elok ketika
makan..
Dia tak minta air untuk membasuh tangan.. Dia
tak minta tisu untuk lap mulut.. Dia hanya
meminta sisa2 makanan kita yang tidak habis di
makan…
Jangan la terlalu bakhil dengan sekalian
maklukNya..


Gambar: Jom baca cerita abam, PH masih sedih dgn kehilanganya tapi kerja yg ada harus diteruskan, sesiapa yg ada beli berita harian hari ni simpanlah ia utk kenangan yer...

Nota PH : PH sayangkan abam tetapi PH tahu Allah s.w.t lebih sayangkan dia, PH redha

Hero, nama seekor kucing kudung yang dizalimi apabila dua kakinya telah dipotong oleh individu yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lalu. Namun Hero telah diselamatkan oleh penjaganya sekarang yang dikenali Papa Hero. Hero cukup popular dan menjadi perhatian ramai apabila kisahnya tersebar.

Namun ada berita yang menyedihkan apabila Hero disahkan telah mati. Menurut sumber berita, kucing itu disahkan menghidap Leukemia.  Kisah Hero akan kekal dalam ingatan bagi para pencinta haiwan kerana kucing itu dilabel sebagai ‘ikon’ bagi menentang kezaliman dan kekejaman terhadap haiwan. Anda boleh mengunjungi laman Facebook Kakimotong Fan Club untuk kemas kini berkaitan kucing unik bernama Hero ini.

0 ulasan: