Jumaat, 29 November 2013

USTAZ,MU TUNGGU AKU DATANG



 
> SINOPSIS <
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka  dan kedua - dua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai masalah.
 
 

0 ulasan: