Khamis, 24 April 2014

4 RAHSIA BERSERI DI HARI BAHAGIA

Rahsia Berseri

Setiap pengantin pasti menginginkan wajah yang cantik dan berseri dihari bahagia.  Di kala bersanding di pelamin nan indah, pasti ramai mata yang tertumpu kearahnya. Bukan melihat kearah baju yang cantik, bukan memandang kearah berlian yang di pakai dan bukan juga terpaku kepada labuci indah, akan tetapi semua mata pasti tertawan dengan kecantikan ratu sehari. Di tambah pula dengan solekan cantik dan kemas, pasti ramai yang tertumpu kepada ratu dan raja sehari tersebut. Namun, apakah rahsianya? Jom kita kongsi beberapa tips untuk menaikkan seri pengantin di hari bahagia.

Makan kelopak mawar
Tinggal 44 hari lagi menjelang majlis perkahwinan, segala persiapan hampir siap, cuma tinggal penjagaan diri sahaja. Apakata amalkan makan kelopak bunga mawar. Bunyi nya kedengaran agak pelik, tapi hasilnya amat memberansangkan. Mulakan dengan mengambil segelas air putih dan membaca kalimah Bismillah serta selawat ke atas nabi, anda boleh makan kelopak demi kelopak mawar tersebut sehingga menjelang hari bersejarah anda. Hasilnya pasti berbaloi!

Cuci wajah dengan air rebusan sireh
Daun sireh mempunyai banyak khasiatnya. Selain berperanan dalam penjagaan dalaman wanita, ia juga membantu menyerikan wajah bakal pengantin. Caranya mudah sahaja, ambil beberapa helai daun sireh yang bersaiz besar, kemudian rebuskan selama beberapa minit bersama air putih sehingga air tersebut menjadi kehijauan. Seterusnya gunakan air rebusan tersebut untuk membersih wajah anda setiap hari. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air sejuk. Ia membantu menghilangkan ruam atau jerawat di muka anda. Namun begitu, jangan  lupa berselawat ke atas nabi.
Selain daripada itu, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai pembersih dalaman wanita. Dan ia sangat bagus untuk di praktikkan selepas perkahwinan juga.

Amalkan ayat-ayat suci Al-Quran
Antara perkara utama yang wajib di amalkan oleh pasangan pengantin adalah dengan mengamalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran setiap hari. Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bukan sahaja mampu menenangkan jiwa, malah memberikan nur atau cahaya pada wajah bakal pengantin. Namun begitu, amalan membaca ayat-ayat suci tidak semestinya di amalkan sebelum hari bahagia sahaja, malah setiap hari selagi kita masih bernyawa.

Rawatan di salun kecantikan
Selain dari rawatan tradisional, anda boleh juga melakukan rawatan moden seperti melakukan facial, scrub, mandi lulur, sauna dan juga urutan di pusat-pusat kecantikan. Ia bukan sahaja menaikkan seri muka dan badan anda, malah menegangkan kulit anda juga. Namun, anda di nasihatkan supaya melakukan rawatan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum hari bahagia bagi mengelakkan kesan-kesan merah di wajah anda pada hari tersebut.

0 ulasan: