Untuk mendapatkan hubungan seks yang sempurna antara anda dan pasangan, ianya tidak hanya bergantung kepada tenaga seperti cukup dari segi tidur dan rehat bahkan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan seks yang memuaskan.  Pemakanan yang betul dan mengikut jumlah yang ditetapkan sedikit sebanyak akan membantu anda untuk merasai nikmat seks yang sempurna walau apa pun usia anda.  Terutama bagi suami, stamina yang cukup diperlukan setiap kali beraksi dan bagi isteri pula sokongan bersama terhadap pretasi suami juga sama penting.
Makanan yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran ini sangat tinggi khasiatnya dan boleh membantu anda untuk sama-sama merasai nikmatnya seks secara semulajadi tanpa perlu ubat-ubatan dan juga rawatan traditional.  Makanan dari sumber yang betul dapat membantu melancarkan darah ke alat kelamin dan juga membangkitkan nafsu anda.Diselitkan beberapa makanan yang boleh anda berdua amalkan sebagai makanan tambahan untuk tenaga tambahan. 
Pisang
Dari bentuknya sahaja anda sudah boleh bayangkan kaitannya dengan seks bukan.  Buah pisang yang sarat dengan pelbagai vitamin ini baik untuk sistem pembuangan tetapi juga untuk tenaga.  Kandungan kalium, magnesium dan vitamin B yang tinggi menjadi sumber utama yang anda akan rasai kelainannya jika diamalkan.  Makan 2 biji pisang setiap hari untuk diet tambahan anda.
Coklat
Rasanya yang sedap dan manis pasti disukai oleh semua orang, coklat dapat membantu anda mengatasi tekanan dan juga dalam masa yang sama berfungsi untuk menaikkan nafsu anda terhadap pasangan.  Hanya makan tiga atau empat ulas coklat sehari atau bila perlu sudah cukup untuk membantu anda ke aksi yang seterusnya.  Ini kerana coklat mengandungi zat yang akan membantu otak untuk menjadikan alat kelamin anda sensitif kepada sentuhan.  Setelah penat bekerja contohnya, makan coklat bersama-sama pasangan, dalam masa yang sama boleh mengeratkan hubungan anda berdua dan juga nikmatnya seks.
Bawang Putih
Sebut sahaja tentang bawang putih, secara automatik anda akan teringat tentang bau nya yang busuk dan juga makanan untuk menghilangkan angin dalam badan.  Tahukah anda bahawa memakan makanan yang mempunyai kandungan bawang putih yang banyak boleh membantu pengaliran darah didalam badan menjadi lebih teratur dan kencang.  Siapkan makanan yang berasaskan bawang putih bila perlu dapat membantu anda untuk beraksi.  Kini, bawang putih boleh didapati dalam bentuk tablet yang lebih mudah untuk anda telan dan khasiatnya tetap sama seperti anda memakan dua ke tiga ulas bawang putih.  Usah risau tentang baunya, hanya anda dan pasangan yang akan merasai hasilnya.

Madu
Makanan yang mempunyai pelbagai khasiat dan juga boleh merawat apa jua jenis penyakit.  Boleh dimakan dengan apa jenis makanan sekali pun sebagai makanan tambahan.  Untuk kesan yang lebih mujarab, amalkan setiap hari dua sudu madu dicampur dengan telur ayam separuh masak sudah cukup untuk buat anda rasai kelainannya dimalam hari.  Kandungan vitamin B yang diperlukan tubuh untuk meningkatkan hormon anda dan juga boleh diambil dua sudu madu secara terus setiap hari adalah lebih baik kerana anda mendapat nutrisinya secara terus.
Tiram
Tiram seringkali dikaitkan dengan seksualiti, mungkin kerana kandungan proteinnya yang tinggi boleh membantu menghasilkan air mani yang banyak dan nafsu anda.   Lebih elok jika anda memakannya secara mentah daripada dimasak kerana khasiatnya lebih tinggi serta lebih enak.  Jangan dilupakan juga hirisan buah lemon sebagai penyedap apabila memakan tiram.
Ginseng
Ubatan yang selunya diambil oleh orang cina ini juga boleh dijadikan salah satu amalan atau makanan tambahan kepada pasangan suami isteri kerana kandungan vitamin dan khasiatnya yang tersendiri.  Digunakan sebagai perawat masalah mati pucuk dikalangan lelaki dengan hanya meminum air yang sudah direneh dengan ginseng selama beberapa jam setiap hari.  Elemen yang penting terdapat didalam ginseng ialah ia boleh membantu menghasilkan tenaga untuk menjadikan aliran darah yang betul didalam sistem badan. 
Asparagus
Asparagus mengandungi vitamin E yang sangat tinggi untuk memulihkan prestasi seks anda selain daripada merangsang hormon seks ia juga menguatkan tenaga batin dan menambah stamina semasa anda.  Amalkan untuk memakan secara mentah asparagus ini atau anda bolehlah merebus asparagus dalam masa yang singkat hanya untuk melembutkannya dan jadikan ianya sebagai ulam anda setiap hari.  Boleh didapati daripada pasaraya yang berhampiran kerana ini ialah sayuran import. 
Kacang Almond
Dianggap sebagai simbol kesuburan terutama bagi wanita kerana ia membangkitkan ghairah pada wanita.  Kacang almond mengandungi khasiat yang tinggi untuk vitamin E, magnesium dan juga serat.  Kacang almond ini boleh dimakan mentah, jika diamalkan boleh membantu untuk menghasilkan malam yang penuh bermakna untuk anda dan suami.  Jangan lupa untuk makan bersama.
Sup Ekor
Jika dimakan semasa panas, sup ekor lembu ini mampu membantu anda untuk mendapatkan tenaga batin secara terus.  Renehkan sup ekor lembu dengan bahan-bahan seperti bawang putih dan daun sup untuk khasiat maksimum.  Dimakan dua atau tiga jam sebelum melakukan hubungan seks anda.