Isnin, 21 April 2014

RAWAT DEMAM DENGGI DENGAN SUP KETAM



Pada awal tahun ini telah menyaksikan musim demam denggi semakin menjadi-jadi apabila laporan akhbar tempatan menyatakan sebanyak enam kematian telah dilaporkan akibat dari serangan demam denggi pada awal tahun lalu.

Malah, sejumlah besar kes demam denggi turut dilaporkan di seluruh negara dan ini pastinya membimbangkan anda semua.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda petua merawat demam denggi dengan sup ketam.

Ketam dikatakan sangat mujarab dalam merawat denggi dan juga penyakit chikungunya yang diakibatkan oleh bawaan nyamuk.

Ketam perlu dimasak sebagai sup dan perlu diminum serta makan isinya sekali bertujuan untuk meningkatkan kadar platelet darah secara cepat dalam badan. Ini kerana pesakit denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. ketam memnpunyai kandungan protein tinggi yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi.

Namun bagi anda yang tidak tahu bagaimana untuk mencari sup ketam atau tidak tahu bagaimana untuk memasaknya, di sini kami sertakan resipi untuk menyediakan hidangan ini.

Bahan-bahan
Ketam 2 ekor
2 biji buah pelaga
Kayu manis sepanjang jari kelingking
Sekuntum bunga lawang
Bawang putih 5 biji ditumbuk
Halia sebesar ibu jari diketuk
Serbuk lada hitam/lada putih
3 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bawang goreng, daun sup & daun bawang

Cara-caranya
Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kayu manis, buah pelaga sampai naik bau, masukkan bawang putih, halia, biarkan seketika.

Kemudian masukkan air, serbuk lada & garam, biar mendidih kemudian masukkan ketam, biarkan dalam 5-10 minit bagi air ketam itu sebati dgn kuah kemudian matikan api masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Selamat mencuba!

0 ulasan: