Ahad, 20 April 2014

TEKANAN BUATKAN BADAN JADI LEMAH DAN LESU



Dalam menjalani kehidupan seharian sememangnya anda akan menghadapi pelbagai cabaran yang penuh dengan tekanan.

Tekanan boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti tugasan kerja, kekecewaan, permintaan dan banyak lagi. Bagi kebanyakan orang termasuk anda tekanan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

Menurut seorang pakar yang dipetik dari sebuah majalah gaya hidup tempatan, tekanan tidak semestinya sesuatu yang tidak bagus. Dalam dos yang kecil, sedikit tekanan boleh membantu atau mendorong anda menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburi.

Tetapi jika anda sentiasa berada dalam situasi di bawah tekanan sama ada mental atau fizikal, lambat laun ia boleh mengganggu kesihatan. Jika dapat mengesan tanda-tanda awal yang menunjukkan tekanan telah mengganggu kesihatan, anda boleh mengambil langkah awal untuk mengurangkan kesan buruk akibat tekanan tersebut.

Tekanan adalah tindak balas fizikal untuk mengharungi peristiwa yang membuatkan kita rasa terancam, cemas atau mengganggu keseimbangan kehidupan.

Tekanan juga membantu kita menghadapi cabaran atau mengejar sesuatu matlamat. Dalam situasi tekanan memuncak, manusia menghadapinya dengan salah satu tiga cara:

1. Jika seseorang menghadapi tekanan, dia akan menjadi resah, marah dan tidak boleh duduk diam.

2. Seseorang itu boleh menjadi 'zombie' apabila menghadapi tekanan iaitu tidak responsif dan menjauhkan diri.

3. Seseorang boleh menjadi beku apabila di dalam tekanan tetapi jauh di dalam hati, anda tidak keruan dan gelisah.

Malah, tekanan berpanjangan juga boleh menyebabkan otot berkaitan membentuk simpulan dan menyebabkan kesakitan. Kesannya pening kepala atau migrain, sakit ditengkuk dan bahu, serta sakit bahagian belakang.

Jadi, bagi mengelakkan dan melegakan tekanan anda, anda boleh legakan tekanan anda dengan pelbagai cara seperti melakukan senaman pernafasan, bertafakur, terapi pengurutan ataupun mendengar muzik

0 ulasan: