Sabtu, 19 April 2014

TIP PENJAGAAN BAWAH LENGAN



Ramai di luar sana terutamanya golongan wanita yang mengeluh apabila bercakap tentang isu bawah lengan gelap.

Ini kerana perkara ini bukan sahaja membuatkan anda tidak yakin terhadap diri anda dan tidak selesa, malah ia juga mendatangkan perasaan malu yang tak terkata.

Bawah lengan menjadi gelap disebabkan oleh beberapa faktor antaranya tidak berhati-hati ketika bercukur, mencabut, dan juga boleh disebabkan oleh kesan bahan kimia yang terkandung di dalam deodorant.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips berguna untuk menjaga dan mengelak dari bawah lengan anda menjadi gelap.

Perah sebiji limau dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak sehingga rata dan biarkan selama 10-15 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan secara berkala 3 kali seminggu untuk mendapat kesan yang memuaskan.

Buah betik mentah sememangnya kaya dengan vitamin C serta mengandungi bahan yang dapat mencerahkan kulit. Parut betik sehingga halus, dan letakkan pada kulit dan biarkan sekitar 15 minit. Seeloknya dilakukan selepas mandi ketika kulit masih segar dan bersih.

Selain daripada betik muda, bengkuang juga berpotensi memutihkan ketiak. Menggunakan cara yang sama, parutkan bengkuang dan letakkan pada kulit dan dibiarkan seketika sebelum dibilas.

Diharap dengan beberapa tips yang diberikan ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

0 ulasan: