Khamis, 24 April 2014

"WIRELESS KEY FINDER" PENYELAMAT



Berita gembira buat anda di luar sana yang mempunyai perangai yang suka lupa di mana anda meletak barang anda terutamanya kunci rumah atau kunci kereta. Ini kerana masalah anda itu dapat diselesaikan dengan hanya menekan satu butang sahaja.

Dipetik dari sebuah portal tempatan, peranti 'Wireless key finder' merupakan produk yang mampu mengesan di mana kunci anda berada.

'Wireless key finder' datang dengan dua bahagian termasuk 'receiver' (penerima) di mana anda boleh sertakan bersama kunci dan pemancar yang disertakan butang.


Ia sangat mudah digunakan kerana jika anda tidak jumpa kunci yang dicari, hanya tekan butang di bahagian transmitter dan ia akan membuat 'receiver' berkelip lalu mengeluarkan bunyi 'beep' bagi memudahkan kunci dijumpai.

Kadar signal sistem wireless pemancar ini sangat luas dan daya signalnya boleh menembusi dinding, pintu dan objek yang agak tebal. Kunci boleh ditemui walaupun berada pada jarak 60 hingga 80 kaki.

Produk ini juga bukan hanya boleh digunakan pada kunci tetapi apa sahaja barang yang penting seperti dompet, telefon bimbit atau beg.

Ia datang bersama empat set yang ditanda dengan warna merah, biru, kuning dan hijau.

p/s: Kalau transmitter pun hilang, tak tahu la nak cakap apa.

0 ulasan: