Khamis, 1 Mei 2014

BRICK MANSIONS

 

 Sebuah filem versi baru daripada filem aksi Perancis "District 13" arahan Camille Delamarre mengisahkan kumpulan ghetto paling teruk iaitu Brick Mansions. Dikawal oleh ketua jenayah tidak berperikemanusiaan, seorang pemuda nekad untuk menjatuhkannya. Apabila ketua jenayah tersebut membalas dengan menculik bekas teman wanitanya, pemuda tersebut cuba menyelamatkannya tetapi gagal kerana dikhianati sehingga menyebabkannya dipenjarakan. Enam bulan kemudian, seorang polis samaran bernama Damien diberi satu misi penting. Satu bom neutron yang mempunyai fungsi masa automatik dan akan meletup kurang daripada 24 jam telah dicuri oleh ketua jenayah tersebut. Oleh kerana masa yang suntuk, Damien dan pemuda tersebut perlu bekerjasama bagi menghentikan bom tersebut.

Klasifikasi: P13
Genre: Aksi / Drama / Jenayah
Tarikh Tayangan: 24 April 2014
Bahasa: English
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pengarah: Camille Delamarre
Pelakon: Paul Walker, Robert Maillet, RZA, David Belle



0 ulasan: