Isnin, 21 Julai 2014

BELUM ADA BAJU RAYA?

Assalamualaikum...

Belum ada baju raya? Jom terjah  poplook.com Siapa yang tak kenal poplook.com kan? Kalau korang adalah WANITA dan peminat tegar Online Shopping, korang mesti tahu dan kenal dengan laman sesawang yang paling TOP kat Malaysia yang menyediakan kemudahan membeli-belah pakaian secara online, poplook.com. Aduhai! setiap kali masuk website ni ,Queenpink mesti terpikat dengan fesyen-fesyen maxi, blouse dan baju kurung yang cantik-cantik dan semestinya sopan sesuai sekali dengan wanita-wanita yang berhijab .

Selain tu, poplook.com juga ada menjual maxi@long dress, skirt , tudung, shawl , beg , aksesori , tali pinggang , kasut , seluar , skirt dan banyak lagi . Lagipun poplook.com banyak menjual fesyen pakaian yang masih mengekalkan ciri-ciri muslimah.



 Bukan sahaja artis-artis popular seperti Lisa Surihani, Sazzy Falak dan Misha Omar gemar menggayakan pakaian daripada poplook.com , malah blogger fesyen dari Malaysia dan Singapura turut memilih poplook.com untuk pakaian harian mereka. poplook.com menjadi kepercayaan selebriti-selebriti popular kerana harga yang masih berpatutan dengan kualiti fesyen-fesyen yang mengikut trend masa kini.

Dan tahun ni Queenpink sangat teruja, kerana istimewa pelancaran sempena Hari Raya Aidilfitri poplook.com memperkenalkan 2 lagi koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014Jewel and Baroque. Sebelum ni koleksi Garden dan Lace telah dikeluarkan. Jadi anda jangan terlepas untuk mendapat 2 koleksi terbaru untuk menyambut hari raya nanti. Seperti mana hebat dan cantiknya koleksi Garden dan Lace, tak kurang hebatnya koleksi Jewel and Baroque yang ditampilkan khas untuk menyerlahkan sisi kemodenan dan sofistikated namun kekal anggun dan menawan.

Koleksi Baroque



Kesan mewah begitu terasa ketika mengenakan koleksi baroque. Pasukan rekaan fesyen poplook.com mengambil idea daripada ekspresif seni lukisan dengan ornamen serta pola geometris. Mengambil inspirasi corak grafik yang sofistikated, ianya menyerlahkan lagi motif dan pola dramatis yang penuh berani , penuh semangat dan kemegahan. Kelasss gitu! ! Hasilnya ia akan menampakkan si pemakai tampak stylish dengan gaya moden namun kekal menawan.



Koleksi Jewel



Siapa yang tidak suka kepada kilauan yang sangat comel kan? Dengan Koleksi Jewel , pasukan rekaan fesyen poplook.com mengilhamkan rekaan fesyen pakaian untuk majlis perayaan yang ceria seperti berhari raya di pagi Aidilfitri. Koleksi ini menonjolkan sisi kegembiraan yang menyerlahkan lagi keyakinan sipemakai. Padanan color-block dan jewels yang dijahit tangan membantu anda nampak lebih segar dan comel !!



OMG ! cantiknya , cutenya , lawanyaaa koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014 kan? Yang pasti semuanya simple tapi masih nampak menawan. Apa yang Queenpink suka dengan poplook.com ini ialah mereka sentiasa menyediakan pelbagai jenis rekaan fesyen baru setiap kali Hari Perayaan menjelang dan harganya juga berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan. Kebanyakan pakaian yang dihasilkan, direka khas mengikut spesifikasi untuk wanita muslimah yang sopan dan tidak terlalu mendedahkankan. Kombinasi warna-warna yang digunakan dalam setiap rekaan pakaian yang lembut,pastel dan warna ceria, semuanya boleh digayakan dimana saja . Kualiti pakaian pun memang best dan selesa



Nak cakap banyak-banyak kat sini pun tak habis . Apa kata korang layari poplook.com untuk maklumat lanjut . Mana tahu, poplook.com merupakan tempat yang sesuai untuk shopping baju raya nanti Untuk informasi lanjut mengenai koleksi Hari Raya POPLOOK.COM 2014, sila layari Website: poplook.com, LIKE Facebook: fb.com/Poplook.com, FOLLOW Twitter: twitter.com/poplookshop  dan ikuti Instagram: @poplookshop

0 ulasan: