Isnin, 21 Julai 2014

TIP MEMILIH TUDUNG

Assalamualaikum…

Alhamdulilah..Sekarang ni rata-rata wanita sudah memakai Tudung.. Jadi cara Pemakaian tudung yang bersesuaian bagi kalangan wanita akan menjadikan si pemakai kelihatan lebih sopan, kemas, anggun dan bergaya. Di sini saya ingin berkongsi Tips untuk golongan wanita untuk memilih Tudung yang sesuai.
Secara asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.

Tip 1:
Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas(cotton), kain kasa(bawal)& Lycra .

Tip 2:
Jika anda memilih Tudung bercorak bunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

Tip 3:
Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.
Contohnya: jika warna pink yang paling sedikit di baju anda, anda pilihlah tudung warna pink.

Tip 4:
Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

Tip 5:
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.

Tip6: Elakkan memakai tudung yang berwarna gelap dan kusam bagi mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.

Tip 7:
Lagi..bagi anda yang wajahnya berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
bagi mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

Tip 8:
Bagi anda yang berkulit putih,disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk Nampak wajah yang lebih segar.
Elakkan memakai Tudung berwarna merah jambu,ia akan membuatkan anda kelihatan pucat.

Tip 9:
Untuk anda yang berkulit kuning langsat, seeloknya memakai tudung berwarna biru, lavender dan pink bagi menyerlahkan lagi keserian wajah.
Elakkan memakai tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Tip 10:
Bagi yang pemilik kulit sawo matang, di cadangkan memilih warna hijau dan kuning ,anda kelihatan lebih cerah dan terang..Serius cantik!!
Elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap,ia akan menampakkan wajah anda tidak kelihatan kusam.

Tip 11:
Last Tips ,Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung…Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.

Itula serba sedikit tips memilih Tudung yang dapat dikongsikan… Namun ia sekadar tips dan pendapat sahaja,ia terpulang kepada anda sama ada untuk mengaplikasikannya atau tidak.

Sekian…

** Sharing is Caring**

Jom beli TUDUNG SITI MURNI

0 ulasan: