Sabtu, 16 Ogos 2014

5 Idea Rekaan Kad Jemputan Kahwin Yang Cool

Mungkin zaman penuh canggih ini orang menggunakan teknologi seperti sosial media untuk menjemput sahabat handai datang ke majlis perkahwinan, kad kahwin sudah jarang digunakan. Tetapi bukankah kad kahwin mempunyai sentimental value yang sangat tinggi berbanding penggunaan facebook page untuk jemputan.

Jika anda ingin membuatkan kad jemputan kahwin, pilihlah kad jemputan yang paling bersesuaian dengan tema dan budget perkahwinan anda. Kerana kad yang terbaik menunjukkan kesungguhan anda dalam menjemput tetamu menghadiri majlis perkahwinan anda kelak.

mekselemoh.blogspot.com

Garden - Jika majlis perkahwinan anda bertemakan garden, idea kad jemputan sebegini sangat sesuai. Corak bunga digabungkan dengan warna hijau adalah cara yang sempurna untuk menggambarkan satu perkahwinan bertemakan garden. Walaubagaimanapun warna tidak semestinya perlu hijau, memadai butiran bunga sudah menjadi komponen jemputan perkahwinan.

craftyfarms.blogspot.com

Vintage - Pernahkah anda menerima kad jemputan jenis vintage seperti buku sekolah. Kreatif bukan? Kad kahwin dengan rekaan mesin taip yang ‘old skool’ untuk mereka yang berjiwa vintage dan suka menonton ‘History Channel’ mungkin boleh dijadikan idea anda. Penggunaan tipografi seperti dalam surat khabar dan juga pencetakan dakwat merupakan elemen penting dalam idea untuk rekaan kad kahwin jenis vintage. 

booo2odk

Formal/black tie - Majlis perkahwinan yang sangat formal penuh eksklusif memerlukan kad jemputan yang formal. Memancarkan keanggunan canggih dan glamor, jemputan perkahwinan formal mempunyai unsur-unsur klasik hitam dan putih, dihiasi lagi dengan hiasan kristal untuk menyerlahkan kemewahan majlis.

laramorreno.blogspot.com

Tradisional - Kad jemputan kahwin tradisional atau klasik dicirikan oleh komponen tradisi seperti penggunaan ivory paper stock, elegant embossing dan juga delicate embellishments disempurnakan lagi dengan ikatan reben. Satu lagi ciri yang abadi pada kad kahwin tradisional ialah adanya dakwat mewah dibangkitkan sebagai penamat muktamad.

www.infectioncreative.webplusshop.com

Animasi - Jika anda inginkan kelainan, mungkin boleh cuba idea animasi. Komponen yang ada pada animasi tentunya karikatur potret anda berdua, diserikan lagi dengan tipografi yang menunjukkan elemen animasi, penuh warna-warni.

0 ulasan: