Sabtu, 16 Ogos 2014

Jurugambar Jepun bercinta dengan tangan sendiri

Anda pernah bayangkan tak seseorang bercinta dengan tangan sendiri? Benda pelik tetapi perkara ini berlaku di Jepun. Menurut sumber, seorang jurugambar Jepun mengajar para lelaki yang sunyi ketiadaan teman wanita dengan melakukan suatu perkara yang boleh dikatakan pelik tapi menarik. Apa dia? Okay, penulis ceritakan ye. Jurugambar yang bernama Keisuke Jinushi ini telah menghias tangan kanannya menjadi tangan seperti seorang wanita. Bila anda tengok gambar baru anda faham apa yang penulis cakapkan ini. Dia yang merupakan penuntut jurusan seni di salah sebuah universiti di Tokyo telah menyolek tangan kanannya menjadi tangan wanita malah lebih teruk lagi mengambil gambar setiap perlakuannya. Tangan kanan menyerupai tangan wanita dibuatnya seperti sedang menyuap makanan, mengelap bibir dan banyak lagi. Jadi, gambar yang diambil akan dimuat naik di Instagram dan orang ramai melihat aksi mesra dengan ‘teman wanita’ padahal adalah tangan kanannya. Mungkin ini cara dorang nak elak dari kesunyian kot.Anda boleh baca lebih detail di sini artikel berkaitan

romantic-selfie3-550x267romantic-selfie5-550x309romantic-selfie6-550x309romantic-selfie7romantic-selfie10-550x309romantic-selfie9romantic-selfie8-550x309romantic-selfie12-550x309

0 ulasan: